Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year 2010



"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010"
Moga Tahun ini membuka lembaran baru dan satu langkah permulaan yang lebih baik buat kita... Moga Azam dan cita-cita kita akan tercapai insyALLAH...

Monday, December 28, 2009

Waffaku Demam

Kami masih lagi demam anak beranak dengan cuaca yag panas terik skrg ni hujung thn yg penuh cabaran dan dugaan buat kami.. Kerja menimbun yang tidak ku ketahui bila selesainya dengan keadaan kesihatanku yg on off huhuhu seksaaaaaa sekaliiiiiiiiiiiii

Aku sakit x kisah janji waffaku sihat... tapi dah hampir seminggu waffa demam dah bawa p klinik still camtu jugak cam aku jugak on off kejap panas kejap sejuk. Mungkinkah terjangkit olehku mana tidak asyik berkepit siang dan malam. Mudahan waffa cepat sembuh...asyik merengek saja bila demam.
Sudahla x mau mkn ubat susah pujuk kena bg makan curi2 itupun ntah brp % yg masuk tp aku bg masuk ubat sumbat bila panas naik mendadak.
Semalam aku bg pakai fever cool tp x lama dalam 1 jam saja sebab dia x selesa bangun2 jer dibukanya dlm 3x percubaan baru berjaya ok la sekurang2nya hilang jugak denyut kepala dalam 1-2jam camtu... Doakan kami cepat sembuh ya...
Cian kan huhuhu
Tidur yang lena
Moga cepat sembuh sayang

Sunday, December 27, 2009

Selamat Hari Lahir Nur Waffa Qarmielya 27/12/09


27/12/2009 Hari ulang tahun anak kesayangan NUR WAFFA QARMIELYA genap 2 tahun. Bunda doakan moga menjadi anak yang solehah dan pintar...membesarlah dengan sihat dan pintar...




Dah dewasa nanti jaga ayah dan bunda sayangi ayah dan bunda...belajar rajin2 jadi orang yang berguna..




........................................................................................................................................................................




Kelmarin kami sekeluarga sambut bday waffa kecil2an ala kadar jer... dengan keadaan aku yg demam waffa demam pastu ayahnya keje majlis biasa2 saja. Pagi tu buat kenduri doa selamat mudahan kami sekeluarga sentiasa sihat murah rezeki selalu ptgnya baru buat bday waffa syukurla semuanya dah selesai.


Insyallah ada masa aku upload gambar2nya minggu ni aku sibuk sket lagipun aku nak cuti rehat habiskan sisa2 cuti yg tak habis utk thn ni.


Bye....bye...!

Thursday, December 24, 2009

Selamat Hari Natal


Selamat Hari Natal buat semua kawan2 ofis kawan2 cyber kawan2 yang dah jadi kawan aku yang akan menyambut hari natal pada esok hari 25/12/07.


Wednesday, December 23, 2009

Ofis Kosong

Salam...hr ni aku still demam lagi batuk tak henti sakit dada aku keja aku hampir siap ada sket lagi mudahan leh submit hr ni.. Gaji x masuk lagi esok dah cuti xmas camana nak celebrate bday waffa on 27/12/09 ni huhu nak tak nak terpaksa buat sambutan ala kadar saja asal ada.
Hari aku juga aku sangat x puas hati dengan semua staff sini... korang tengokla ofisku yg kosong ni sudahlah aku sakit terpaksa keja cuti x lulus mc x bagi dengan keadaan yg nazak aku nekad jugak dtg ofis semata2 nak habiskan keja utk gaji staff tp ini pulak yg terjadi...
Ofisku ada 2 floor ok.. grd floor kami sewakan utk kedai runcit 1st untuk admin,akaun,operation dan technical dept. 2nd floor untuk semua bos2 yg ada... Hari ni bos2 ada meeting besar x masuk ofis 1 hari staff yg lain pulak tengah sibuk nak amik kesempatan kuar jadi ular...konon nak g site & mcm2 urusan... 4 staff cuti xmas so yg ada kat ofis skg ni ada 2 org shj... aku dan 1 org cleaner... Adil tak camni???huhuhuhu aku amat sakit hatiiiiiiiiii..........................

Technical Deprt...1 org pun x

Draftman pun x ada

Ni la cleaner ofis terpaksa ku pinjam jd receiptionist


Ni la tempat aku :D

Cam kapal karam bilik Operation Manager ni

Operation Room

Kiri tu bilik QS, Kanan tu pulak bilik PM tgh cuti2 mesia

Tuesday, December 22, 2009

Demam


Sejak smlm aku demam,batuk,selsema,penat dan malas yang teramat.... Arghhhh! knp la demam time2 ujung bulan camni dengan kerja yang berlambak dengan audit yang x habis2 nak buat gaji nak closed akaun huhuhu....



Tolong lah akuuuuu!!!!!! aku x larat dah tido pun kena pakai stokin sejuk masuk terus dalam tulang nak layan anak lagi :((



Dah byk ubat aku telan demam still x kebah lagi aku nak cuti bos x bagi MC???? apakah aku boleh amik MC esok??? Boss tolonglah staffmu ini jgn sampai aku pengsan dalam opis sapa yg susah nanti huhuhu...



Aku betul2 xmood nak buat keja kepala pusing batuk berpanjangan kalaulah aku boleh amik cuti sekurang2nya aku boleh rest ni tdk cuti x lulus nak MC pun susah kena dtg jugak esok alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii boss....

Monday, December 21, 2009

Hamper


Coklat Idamanku

Peace 2 jari

Peace...peace

Titin konker hamper

Last...makan kek emon pulak :P

Yea..yea...smlm ayah waffa dapat hamper dari Le Meridiean Hotel harga hamper dalam RM200.
Bestnya c waffa byk momom sedap2 katanya hahaha.... Rezeki jugak kan :D

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Assalammualaikum...
Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1431H buat semua muslimin & muslimat dimana sahaja berada... dan selamat cuti2 mesia ya! 3 hari cuti mesti dah plan nak kemana kan :D
Kami xder plan lagi tunggu ayah waffa ajak p mana esok nak soping gaji x masyuk huhu seksa nengok sale merata2 buat aku sakit jiwa jek...
Ok...moga cuti korang 3 hari ni x disia2kan yer...azam tahun baru ni apa yer? Azam aku??? hehe nak kaya... hahaha boleh ka azam camtu??? hehehe....


Sunday, December 13, 2009

Aku Amat Menyesal

Assalammualaikum....
Kisah smlm aku dan waffa...ptg smlm bawa waffa jln2 p tmn permainan bagi dia kebebasan bermain berlari sana sini...nampak dia happy suka betul dia hehe...dalam 2 jam aku biarkan dia bermain sendiri dah puas main aku bawa dia pulang langit pun cam dah gelap2 sikit cam nak ujan pulak...aku dukung bawa masuk dalam keta dia nangis x nak plg nak turun main lagi aku pujuk still nangis lagi siap meneran lagi huhuh aku try pujuk tapi x berjaya jugak...
Gerimis dah turun aku apalagi dukung dan terus masuk keta waffa apalagi mengamuk sambil menangis sekuat2nya huhuh aku dah panas bila x dapat kawal waffa entah mcm mna aku boleh tengking marah dia tanpa sedar yang mengakibatkan dia tersesak2 menangis dan terperanjat terus dia melurus kearah ayahnya...selama ni aku xpernah tinggi suara ni 1st dalam hidup sebab tu aku rasa menyesal yg teramat sangat dan serba salah.
Perasaan menyesal terbawa2 sampai kemalam ditambah lagi dengan leteran hubby yang berlarutan disebabkan aku menengking waffa huhu aku amat menyesal.... kenapala aku emossional sangat smlm mungkin bagi korang itu adalah perkara kecil tapi bagi aku tidak aku dah buat salah pada anak kesayangan ku. Mungkin selama ni aku x penah marahkan dia apatahlagi sampaikan tangan pada dia tapi semalam aku dah bagi dia rasa kesakitan dan tengkingan.
Aku dah minta maaf padanya "bunda minta maaf ok" kataku dia jawab "ok" pastu aku cakap "I love u" waffa balas "i love u too" terus aku peluk dan nangis lagi...entah mengapa rasa penyesalam amat menebal dalam diri semalam. Pas tidurkan dia smlm aku bisik lagi aku janji x akan buat dia rasa sakit dan tengkinkan dia biarlah kejadian smlm adalah kejadian yg pertama dan terakhir. Aku tau sekali-sekala marahkan anak adalah pengajaran buat anak tapi bagi aku tindakan aku adalah tindakan yg tidak wajar langsung x tau camana nak pujuk anak yg tengah memberontak jiwanya anak panas aku pun panas jugak astagfirullah...Harap kejadian ni tak akan berulang lagi aku janji pasni aku akan cuba pujuk dan kawal emosi anak dengan sebaiknya... Korang...kalau ada info camana nak kawal emosi anak sila share ngan aku yer..almaklumlah anak baru sorang kurang pengalaman lagi...

Nangis Sampai bengkak Mata

Maafkan Bunda Sayang!
Sayup Rasanya Bila Menantap Wajah Kesayangan Yg Tengah Lena


Wednesday, December 9, 2009

Pertunangan Mizie & Emmy

Salam,
Gambar2 dalam hp sempena pertunangan adik bungsu Mizie & Emmy pada 28/11/09. Ada masa aku upload pic dr camera. Ni hantaran dari pihak pompuan dari pihak kami korang tungguuuuu!
Kek Tunang (Cheese Fruits)
The Hantaran


Al-Quran


Botol apakah itu? hehe Isinya sirap ros la :D

Perfume,Songkok dll
Buah letak dalam balang kaca ni
Kasut
Selebihnya makanan (habis da :D)


Separuh jer ni 9 hantaran berbalas 13

Aksi waffa & addini acara memotong kek pertunangan

Happy Birthday To me... kek tunang pun jadilah hehe
Mama, Abg am melayan karenah waffa & addini









Monday, December 7, 2009

Santai Di Trek Lumba Kuda

Semalam aku bawa waffa p trek luma kuda...1st tengok lumbaa kuda seumur hidup ni bukan pergi berjudi pun kan rekreasi saja santai2 sambil tengok lumba dalam 100meter camtu la dari tepi trek best o...hehe

B4 ni trek ni area KK tp dah dipindahkan d tempat sendiri so napa pulak nak lepaskan peluang kan...ni ada video ngan gambar waffa dalam kejadian semalam hehe :D
Senyuman manis anak daraku

Waffa & Abg Achik

Sunday, December 6, 2009

Window Shopping

Salam,
Entry kali ni adalah entry window shopping...sabtu lepas bawa waffa jln2 g centre point n metrojaya saja bawa waffa jalan n memuaskan hati bermain d palm square... ni ada pic tangkap guna hp jer tp napa la waffa x tengok camera huhuh...


Control ayu...



Nak masuk kolam air pancut hehe





Erm..tengah fikir pasni nak main apa lagi




Tengah pening nak beli baju apa


Yeah...dah dapat 2 jean & 2 baju

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum....
Di kesempatan ini aku & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat seluruh umat islam yang menyambut dan yang membaca blog aku ini...
Buat semua kawan2 ibu bapa dan sanak saudara yg tengah mengerjakan haji pada tahun ini diucapkan selamat tiba ke tanah air dan mudahan sihat walafiat hendaknya....
InsyaAllah...jika diberi keizinan pada tahun2 hadapan rezeki akan sampai pada kita... :D



























Monday, November 23, 2009

Hand Bag LV From Hong Kong

Salam....
Aku dah boleh upload gambar di PC lain huhuhu... bermakna pc aku ada problem... aku saja tepek gambar handbag LV ni ole-ole dari bos dari Hong Kong... beg LV biasa jer la... TQ Mr. Zack sudi belikan aku handbeg ni :D


Gambar Sisi Depan



Dari Tepi

Isi Dalam...(aku dah rasmi hehe)


Merah Sangat Mah Ngah