Wednesday, September 30, 2009

Cerita Raya Lagi

Yeah...Dapat Duit Raya
Hubby Ku...

Dah Nak Balik...Posing Dulu


Abg Am...jom pulang panas!!! la

Senyum...1...2...3...

Nape tu sayang? :D

Ayah...dahla..penat amik gambar huhu... :(

Bunda...Cepatla...

Muahssssss.....sayang Bujee

Waffa & Abg Am

Waffa & Abd Acik

Salam Semua...
Kesinambungan ceta2 di hari raya... Gambar2 sekitar Raya Pertama... ada masa esok lusa kita share lagi Raya yang seterusnya... :D









Tuesday, September 29, 2009

Satu Hari Di Hari Raya

Mak Bacakan Surah YASSIN utk arwah ayah
Pusara Ayahnda Yg Tercinta.. AL-FATIHAH...

Waffa pun dapat duit raya jugak... :D hehe

Masa Yang Dinanti2... DUIT RAYA dari che bang utk anak2 buah :D

Waffa & Bunda

Aksi Waffa Di pagi Raya

Ayah & Waffa

Gambar Kami Sekeluarga Di Pagi Hari Raya


Assalammualaikum....
Berakhirla sudah Ramadan Sebulan Berpuasa...
Tiba Syawal Kita Rayakan Dengan Rasa Gembira....
Cehwa.... happy katakan still mood raya... :D

Cam biasa jer raya tahun 2009 ni ala kadar dengan persiapan yang sederhana dengan emosi suka dan duka...

Sukanya tahun ni masih diberi peluang untuk beraya bersama family tercinta...
Dukanya tahun ke-6 beraya tanpa seorang ayah :((

Utk entry kali ni kita share gambar2 raya thn 2009 ni yer...thn depan kita raya lagi... INSYALLAH


Sunday, September 13, 2009


Assalammualaikum....
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN...
Buat rakan2 cyber, ofis, kat luar sana... maafkanlah seandainya saya pernah menyakiti hati dan perasaan korang semua... tingkah laku yang kurang sopan, tutur kata yang menyentuh perasaan dan makan minum silala halalkan ya...
Raya nanti jemput datang kerumah... Pintu rumah sentiasa terbuka utk korang semua :D

Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Lahir Mama




10.09.1958-10.09.2009


Hari Ulang Tahun Mama ke 51 thn... Selamat hari lahir mama moga panjang umur dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik...


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi merekaPerindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana saya,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah saya memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.Istighfarlah, IstighfarlahBarangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.




Wednesday, September 9, 2009

090909

09.09.09
tarikh yang amat cantik sekali... memula aku tak pasan pun tarikh ni tgh nak taip cek td baru aku nampak satu tarikh yang betul2 cantik dalam tahun 2009 ni hehe.... Sesiapa yang banak tarikh hari ni untung u all... DOB anak masuk dalam ic 090909.... :D

Monday, September 7, 2009

Lena Dibuai Mimpi







Wajah-wajah anakku yg lena dibuai mimpi...rasa syahdu pula pabila menantap anak kesayangan yg tengah lena... tetiba airmata mengalir tanpa dipinta...

Inilah harta yang amat bernilai pimjaman ALLAH yang maha kuasa... Ya Allah... akan ku jaga,ku didik harta ini dengan sebaik dan sesempurnanya...

Berilah hambamu ini masa yang pjg agar dapat hambamu ni menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang solehah.... AMIN....








Aisy Nadhir

Salam...

Nak share ceta pasal anak buah baru... AISY NADHIR anak buah ke 6 :D DOB: 17 Aug 09 POB: Hospt Kota Belud Sabah... Muka sebiji cam papanya masa kecik...


Ni gambar new born


Ni pulak gambar time umur 20 hari