Monday, February 28, 2011

MC Donald Drive Thru

Alkisahnya di suatu pagi isnin aku dengan rasa bangganya tiba2 teringin mau bekpes pan cake d MC Donald... mcm biasa laluan aku dr rumah ke opis tiap hari mesti melalui kawasan MC Donald yg ada satu-satunya Drive Thru d KK...


MCD Drive Thru ni mmg sudah lama buka d KK mmg sll pun singgah layan tekak ni, tp dalam sebulan dua ni MCD ni ditutup seketika untuk kerja2 renovation...ntah apa2 lah yg di renovate tu yer... peduli la janji bila buka nanti boleh singgah2 lg...so selama ni if teringin mau makan pun masuk CP atau d APC ja la...bukan lagi Drive Thru ya kawan-kawan...

Sambung ceta perenggan 1 td, aku dengan rasa yakin pun singgah la sbb MCD DT dah operasi lagi so bila dah masuk kawasan DT tu tetiba aku jumpa binatang ni
*
*
*
*
*
dr jauh aku nampak benda ni tapi x peduli aku teruskan perjalanan dgn hanya menoleh sekali sj pd benda ni tanpa membaca dan tanpa mengambil tau apakah benda ini... bila aku terus drive ada pula sora minta aku confirm order...ya Ampun JAKUN nya aku hahahaha....rupanya renovation hr tu sbb nak letak mesin order ni kat luar pastu baru g kaunter bayar terus bukan lagi cam dulu-dulu order+pay....kahkah.... :D mmg lucu dan lawak gila2 aku hr tu if d KL mmg sudah lama kan tau la sabah ni lambat sikit pembaharuan...

Kan dulu b4 renovate order n pay terus kat sini...kan...kan.... (cover malu) hehe sapa suruh kan jalan terus tanpa pedulikan alam sekeliling hehehe....pastu jalan lagi sikit jmpa 1 tingkap untuk amik order cam ni
*
*
*
*
*



dah dapat bolehlah makannnnnnnnn so kesimpulannya nya dari pengalaman yg aku dapat hr tu... sila lah pandang2 jeling2 alam sekeliling anda ya peka,respon dan amalkan budaya sikap amik tau ya kawan2 supaya x jd lg kes cam aku hehehe.....lawak2....

Friday, February 25, 2011

Apabila Kesabaranku Teruji

Entah bagaimana lagi harus aku berkongsi kedukaan ini... apa bila kelmarin kesabaranku teruji oleh budak2 yg blm mengenal siapa aku didalam kelompok pekerjaan ini.... bukan aku minta untuk diagung-agung kan tapi cukuplah mereka itu ada rasa hormat didalam diri...

Bukan aku minta utk disembah tp cukuplah sekadar mereka menghormati aku sebagai seorg yg lebih tua daripada mereka...

Terasa diri betul2 terhina dgn perangai mereka mengapalah masih ada pelajar yg betul2 berpelajaran tetapi masih tidak dapat membezakan perangai mana baik buruk seseorg dan belajar menghormati seorang sepertimana mereka menghormati ibubapa mereka

Thursday, February 24, 2011

My Name is WAWA

Isnin lepas 21/02/2011 aku mc demam teruk...so g klinik d IP habis amik ubat segala masuk GIANT so naik 2nd floor cari apa yg patut...tinjau2 bhg cindy... nampak pula key chain, mcm2 bentuk dan rupa... so aku tertarik ngan 1 design key chain yg ada NAMA + MAKSUD sekali ala...suka2 punya ertila... cari punya cari aku jmpa nama ni... WAWA aku apa lagi amik 1 harga Rm 7.50 ya mahal juga key chain ni ya... x kisah lah janji aku suka so aku buat key chain keta aku la terus.... camana maksudnya betul ke sama dengan pendirian seseorg tu???

Pabila Anakku Bertudung Syria

Wajah2 waffa pabila bertudung syria... :D apa nak jadi atas ttp bawah buka hehehee...mcm2 hal budak kecik ni, bertudung dalam rumah dgn singlet ngan suar pendek... cakap nak jadi ustazah camana ni ustazah apa ni hehehe....layan jak la sudah namanya budak2... :P

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011


 Copy & Paste dr :

 Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maaflah sy x sihat sngat so search sj dr gugel bila jmpa blog ni nampak mudah difahami bg sapa2 yg x tau apakah erti sebenarnya hari Maulidur Rasul ini... maaf kpd tuan blog ya sekiranya terjumpa entri ini mohon dihalalkan... :D 

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year 2011

Selamat Menyambut TAHUN BARU CINA buat semua rakyat Malaysia yg menyambutnya esp... yang berbangsa cina dan SELAMAT BERCUTI....

Agak2 korang tahun RABBIT ni luck ka utk diorang??? sbb aku tgk cam meriah semacam jak...

Happy Weekend ya...yahoooooooo!