Monday, April 25, 2011

Peragut

Hari ni mau share ceta pasal peragut yg malang ptg kelmarin. Aku dan ipar hampir jadi mangsa ragut d kedai inanam baru area terminal utara utk daerah Sandakan, Lahad Datu, & Tawau. Ptg tu jmpa kawan d restoran 1M menemankan ipar yg berurusan sambil duduk minum2 dan berbincang dgn kawan tu, selesai urusan kami gerak dalam jam 7 pm. Ipar aku gerak dulu aku masuk toilet jap, kuar dr toilet ipar kol gtau ada lelaki mengekori dia dan terus menyandar d belakang keta sambil mata merenung tajam dan melilau.
Aku terus menuju keta dan nampak lelaki tu menyandar sambil mata melilau kiri dan kanan bila nampak aku terus muka nampak lain dan lelaki tu mcm melangkah menuju arahku. Perasaan cuak membuak2 dan aku terus lari ke dalam restoran. Aku kol ipar camana keadaannya, memula dia x boleh rivers sbb lelaki tu nyandar d bonet keta mesti tunggu line clear kan mmg ada plan dah tu.tp bila nampak aku lelaki tu gerak dan semacam bersembunyi di belakang restoran.

Aku lari ke lokasi balai polis aku berdiri betul2 dpn balai polis. Mujur ada balai polis sebaris dgn restoran tu, tp restoran 1M ni btl2 d hujung pastu keadaan park sangatlah gelap dan semak dipenuhi segala pokok2 hiasan. Rasanya mmg ada berlaku jenayah ragut atau lain2 jenayah area terminal inanam ni memandangkan tempat tu ramainya PATI dan majoriti suku sakat diorang sememangnya stay d area tu.

 gambar dr belakang terminal

ni restoran Wan Malaysia

Terletak d corner

kami park kedepan sikit belakang restoran mmg gelap suran dan semak area tu menakutkan... aku lupa snap gambar peragut tu mana tidaknya jantung berdegup dengan laju sekali... so siapa2 yg terbaca entry aku ni if melalui atau masuk area inanam baru ni hati2 dan selalu peka dengan keadaan sekeliling anda....

Sunday, April 24, 2011

Kek Lumut

24 April 2011 (Ahad) tetiba tekak aku terasa mau makan kek lumut, mcm lama sudah ndak makan kek ni... mmg kek ni kek kegemaran family aku anak beranak mmg gemarkan kek lumut versi aku ni. Sabtu tu aku mmg sudah plan utk sediakan bahan2 kek ni tghri sabtu aku zoom ke servey mencari bahan tp ahad baru sempat buat sebab ptg sabtu tu sibuk la pula membuat nasi ayam, kakak aku pula yg request. Ni pic yg aku snap :-)

Anak aku tiap kali ada kek tiap kali tu juga celebrate bday

senyum paksa

1...2...3... tiup

tiup lilin guna liur haha

last candle...

 no deco...

 lemak berkrim...

sepotong aku yg rasmi

Thursday, April 21, 2011

Welcom Izz Fansuri

19.04.2011 ~ Welcome To World IZZ FANSURI BIN AWG ASNAWI

Jam 12.00 noon aku dpt call dr hubby liz gtau liz dah selamat melahirkan baby boy... Syukur alhamdulillah ibu dan anak selamat aku cukup gembira...slma ni mmg aku juga berdebar menunggu kehadiran baby k2 liz, tp apapun selamat juga akhirnya...

Setelah berbincang dgn kawan2 opis kami sepakat mau p ziarah liz dan baby d KK Specialist Centre... so jam 1.30 gerak dr ofc...singgah kompleks karamunsing beli ole2 dan terus ke sana... sampai sana apalagi terus serang si ibu dan baby... :-)

Izz Fansuri yg chubby ~ fresh from mummy tummy

Mama & baby

Bila nampak gambar ni teringin pla baby boy

Walaupun sakit tetap ayu

gediks

Bau baby...rasa mau geget

Kami : ida, ija, aku & liz

Post...jom plg bos tgu!

Wednesday, April 13, 2011

Iguana & Kedai Borong

Tghri kemarin aku g maybank inanam, cari park 2-3 x pusing dapat park bawah pokok ok la dapat park kawasan redup (limbu org brunei cakap) turun dr keta tetiba melintas pula seekor anak iguana memula kaler hijau sbb ikut warna rumput pastu dia gerak atas tanah tetiba tukar lagi warnah tanah...wah semangat kami anak beranak amik gambar iguana tu tp syg aku snap guna nokia buruk aku ofkos x terang kan huhu...

Antara percaya dan tidak aku search tenet betul ker binatang spesis biawak tu iguana sekali search 100% sama dan serupa kompom iguana...aku teruja ni sbb 1st dapat tgk iguana secara life dpn maat lak tu sll dalam tv jer ala...aku tau aku jakun kan..kan... :-P

 ini gambar ehsan google



 
Gambar ni la yg aku snap sendiri...blur jer kan huhu x pa tgu cukup masa sikit hari lagi teranglah gambar2 yg aku snap nanti hehe...

Anak dara aku sedang memilih ofkos semua kaler pink dia mau


2 gambar diatas ni pula selingan yer pas dari maybank aku ke kedai borong barang2 rumah... Kolombong Hardware namanya... cam gudang besar la penuh dgn barang perkakasan rumah dari kecik sampai besar semua ada pastu murah2 lagi... kebetulan adik aku mau kawin jd mama aku p beli besan dan bakul bulat murah dan berbaloi2 mmg murah dan femes kedai ni area inanam baru opposite maybank 1 building ngan choon nyen fat tp kedai tu d tutup saja gtau sbb kawan x jmpa tmpt ni tp if tau choon nyen fat gerenti jumpa gudang barang2 ni.

Tuesday, April 12, 2011

Sakit Gigi

 
Aku dapat MC 2 hari sbb sakit gigi yg teruk...sakit yg teramat sangat dan pipi bengkak...semuanya berpunca daripada migraine aku mgu lepas, baru aku tau rupanya migraine boleh menyebabkan kita sakit mata, hidung dan juga gigi bukan aku reka ceta ya tp doktor yg terangkan sbb aku tanya gigi aku mana ada yg berlubang so bila aku cakap mgu lps aku migraine pastu biji mata sakit cam mau kuar biji mata sekali dgn hidung aku rasa denyut2 akhirnya sakit itu terus turun ke gusi yg menyebabkan gigi sakit dan pipi bengkak semuanya 1 saluran terjangkit cam kes aku ni belah kanan....

1st time aku kena migraine dan sakit gigi yg teruk....mmg azab sangat semua keja x kena buat apapun semua sakit korang pun tau kan camana rasanya sakit gigi semestinya mcm mau marah jak sampaikan org bercakap pun x boleh...org cakap if sakit gigi hati pun turut sakit kan :-)

Thursday, April 7, 2011

Hati Ibu

Cerita seorg ibu dan anak yg merajuk...kerana dilarang bermain dgn kitty...

Bunda : Waffa, jgn main kucing nanti kena cakar...!

Anak terus bermain tanpa menghiraukan kata2 bundanya...siap d cium dan di gomolnya anak kitty itu.

Bunda : Larang dan terus melarang....

Tetiba dengar jeritan dan tangisan anak....

Bunda dtg dekat tgk apa dah jadi... sah! anak dah kena cakar kat bibir dan bawah mata!!!

Bunda membebel anak kena cakar sebab x dengar kata2 bundanya... Bunda dukung anak dan lap air mata...

Tetiba anak bersuara :-

Waffa : x sayang bunda...bunda jahat...x kawan...pergi jauh2...

Bunda : Apa???? huh.... (kecil hati sangat)

Bunda terus pujuk dan terus memujuk tp anak tetap keras hati dan keras kepala...still x mahukan bundanya lagi...

Bunda biarkan dia melayan karenahnya sendiri....bagi dia beberapa jam dan bunda tetap berusaha agar anak mahu kembali kepada bundanya... namun bunda hampa kerana anak tetap tidak mahukan bundanya...

Dengan kecewa bundanya naik ke atas dan masuk kedalam bilik sambil berfikir.... salahkah aku mendidik anak? anak baru berusia 3 tahun 4 bulan tapi hatinya nampak keras semacam...mcm tidak mengedahkan ibunya sendiri dan berkali2 berkata tidak sayangkan ibunya... Arghhh...knp aku ni kan masih budak mmglah mcm2 peel...Bunda memujuk hati dan naluri keibuannya....

Bunda hampir tertidur...tetiba pintu bilik terbuka anak masuk kedalam melompat ke atas katil memeluk bunda dan cium bunda berkali2....bunda tersenyum lega sambil memeluk erat anak... anak segera meminta maaf...dan mengucapkan kata2 sayang pada sang bunda....

Sambil tidurkan anak bunda berfikir, ishhh knp aku sensitif sangat ni? bukannya anak berumur 20 thn yg cakap x sygkan aku...ini 3 thn mmg apa2 boleh di ucapkan tanpa sedar akan bait2 ayat itu...

Tapi...sekiranya pembaca sekalian adalah seorang ibu, pasti korang akan merasai apa yg aku rasa. Naluri keibuan yg ada pada setiap ibu pasti akan melahirkan kebimbangan pada sikap anak yg tiba2 berubah sikap dan meluahkan ayat2 yg selama ini tidak pernah diucapkan oleh seoarang anak pada ibunya...walaupun anak baru berusia 3 tahun sekalipun.

Semua ibubapa mengimpikan anak yg baik, solehah, meurut kata, tertib. Pendek kata kita mahu yg terbaik pada anak2 kita...baik budi pekerti maka baiklah nama kita sebagai ibu bapa. Didikan kita yang menjadikan anak2 kita berada dilandasan yg betul atau tidak. Moga kita berjaya mendidik anak2 menjadi seorg yg berguna. Anak ibarat kain putih, kitalah yg perlu memainkan peranan mencorakkan mereka.

 

Doa utk ibu bapa, kita dah jadi ibu pada anak2 kita tapi jgn lupa kita juga adalah seorang anak pada ibu bapa kita, tanpa mereka kita tentu x wujud dalam dunia ini...jom sama2 kita mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan pada ibubapa kita...

Berpakaian Tetapi Telanjang

Assalammualaikum...
Saya rasa terpanggil utk berbicara mengenai pakaian farahdhia yg dipakainya semasa majlis ABPH 2010 ahad lalu. Bagi pendapat saya dari sebagai seorg wanita yg beragama islam seharusnya tidak wajar dia memperagakan pakaian sebegini di khalayak ramai...pakaian yg menonjolkan dan memamparkan segala bentuk tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mengucap saya bila nampak farahdhyia memperagakan pakaian sebegini. Bak kata alim ulama...dunia akhir zaman...

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:

MENGHILANGKAN DEFINISI HIJAB
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama: MEMBUKA BAHAGIAN TANGAN
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua: MEMBUKA LEHER DAN DADA
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga: BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat: AGAK TERBUKA SIKIT
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

TERBUKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: MEMBUKA TELAPAK KAKI DAN TUMIT
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: MEMBUKA SEPEREMPAT HINGGA SEPARUH BETIS
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa,

baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga: TERBUKA SELURUH BETIS
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayanya untuk melucuti hijab wanita.

SERBA MINI
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a’lam.

Wednesday, April 6, 2011

Dinner Family at Gayang Seafood Tuaran


Ini cerita 2 week ago, adik aku bongsu aku (bakal pengantin baru) belanja dinner d Gayang Seafood Tuaran, Jalan Sulaman. Ndak jauh pun dari rumah 15 minit sampai la... kami pegi 1 family adik beradik kami 1 org x dapat join sbb rumahnya banjir d Taman Jadi Kota Belud. 

Sesekali makan ramai2 best kan sekali harung jak hehe ikan sampai sekelip mata habis, ketam sampai x sampai 5 minit habis, segala mak nenek kerang, siput ketam dll baru letak atas meja habis terus kakakaka...
Ok jugala makananan yg mengenyangkan, kalo sapa2 yg allergic seafood tu rugi besar kan makan ayam jer la korang ya! so sapa2 yg mau try makan d Gayang Seafood ni sila2 la ya perjalanan dari bandar KK ke Gayang dalam 30 minit camtu ikut highway jalan sulaman... mmg best dan enjoy masakan pun sedap. Wah mcm promote pula aku kan :-)




Tuesday, April 5, 2011

Bye Coffee Hai Tea

Nescafe O

Tea O
Closed Up~ Mug aku d office

Sejak berdiet ni semua makanan & minuman pebret aku terpaksa dilupakan...dari penggemar nescafe o aku belajar mencintai tea o. Biasa aku bancuh nescafe + krimer tp skg harus belajar makan dan minum ala kadar sahaja...

Berkaitan dgn sakit yg aku alami skg ni harus elakkan coffee & coklat kan semuanya mmg minuman pebret aku, tp untuk kesihatan dan kelangsingan haruslah kena kuatkan semangat...

Migraine



Entry pembukaan pada bulan april ni aku mulakan dengan bad news...huhuhu... sudah 3 hari aku sakit kepala sebelah sampai kemata sakitnya...bila tunduk rasa cam mau jatuh dan keluar segala isi dan biji mata...search itnet byk info mengenai migraine apa punca dan kenapa?

Tp 1 info menarik yg aku jumpa ada kaitan dengan diet dan pemakanan...rasanya ada betulnya juga kan skg aku melalui fasa berpantang makan (diet) tiba2 pula boleh dapat penyakit migraine ni b4 ni sekali pun aku x penah kena serangan migraine ni. Smlm p klinik dpt mc hr ni tp aku gagahkan juga kaki ni melangkah ofc atas sebab2 kerja yg tidak dpt aku elakkan...dok pun sahkan mmg aku kena migraine...mcm2 la pula kan gigih berdiet dapat pula penyakit migraine...sesungguhnya keinginan utk kurus itu terlalu byk dugaan dan halangannya hehe