Tuesday, October 11, 2011

Mari Bersolat





Syukur Alhamdulillah....sejuk perut bunda melahirkanmu wahai anakku. 
kejadian berlaku pada malam smlm semasa solat ishak...sibuk nak join solat ngan bunda dan ayah. Tgk tertib nya hehe masa ni dia dah start solat dulu hehe...

Biasanya dia akan tunggu bunda dan ayah masuk bilik utk solat... lambat sikit dia jerit cakap "ayah cepat nanti Allah marah" hehe...comel kan...

Wednesday, October 5, 2011

Daftar Sekolah Anak

Assalammualaikm....
Dah lama xder masa nak upload blog...dengan tugas di pejabat...tugas dirumah semuanya x selesai dalam Sehari. 

Aku dah daftarkan anak aku sekolah utk tahun dpn (5 tahun) aku daftarkan di Pusat Asuhan Tunas Islam Al Iman (PASTI). korang jgn pla cakap aku ni pengundi PAS yer aku sekolahkan anak aku jer...Sabah mana ada undi PAS yer...
Dalam banyak2 list aku pilih PASTI sebab byk perkara. Drpd prbualan dan pengalaman ibu bapa yg anak2nya bersekolah di PASTI amat membuat aku teruja. Anak2 yg bersekolah d sana mmg cerdik2 belaka. Anak adik aku pun bersekolah disana.

Masa mendaftar hari hr tu aku sempat berbual dengan ustazahnya. Melawat persekitaran sekolahnya.. setakat ini aku amat berpuas hati dengan apa yg di ajar di PASTI AL IMAN.

Yuran jgn cakapla...mmg x sama ngan yuran sekolah biasa kan. mmg mahal dr sekolah kerajaan tp demi anak aku sanggup ala..br sorang anak beb takkan berkira kan.


Ada juga aku daftarkan d Pra Sekolah (SK) tp cikgu tu cakap diorang mengutamakan utk 6 tahun aja. tak apa la aku saja bertanya. PAstu nak bg sekolah cina byk pula masalahnya dengan masalah transport segala huh...rasanya ada hikmah kpn Allah gerakkan aku masukkan anak ke PASTI. 

Biarlaha anak aku bersekolah agama dan punyai basic agama dari kecik dan membesar dengan hukum hakam agama. InsyAllah mudahan dia menjadi seorang wakil agama tak kisah la ustazah ke pensayarah ke peguam ke janji agama ttp no 1.

ni resit pembayaran aku dah bayar rm 60 balance 215 kena bayar masa naik sekolah ustazah cakap

aku dah gambar pasport anak aku ustazah minta utk rekod sekolah...senyum simpul