Tuesday, January 31, 2012

Rumah Terbalik- The Upside Down House in Borneo

Assalammualaikum  & salam hari selasa semua, dah masuk bulan Feb dah kan...huh cepatnya masa berlalu. Entry khas kali ni amat istimewa sekali. Pagi tadi dengar radio Suria FM. sambil buat kerja dengar pula DJ promote 1 tempat yang baru dibuka di daerah tempat aku tinggal d Tuaran berkaitan dengan Rumah Terbalik. Orang ramai boleh melawat rumah tersebut pada bila-bila masa tapi bayaran diorang x maklumkan pla kena bayar ke x if masuk rumah tu.

Pelik tapi benar if korang x caya korang boleh masuk FB diorang dan tgk hasil2 kerja diorang. Sy pn x tau camana diorang boleh buat rumah terbalik ni. Idea ni mmg terbaik selepas Jambatan Tamparuli yang femes dengan lagu kasut tinggi tu hehe... So if korang ada masa datangla melawat ya...kita tgk rumah terbalik yg ada satu-satunya d Borneo.

Mmg hebatlah pekan kecil Tamparuli selain Jambatannya, ianya jg terkenal dengan 'Tamu' yang kaya dengan pelbagai jenis jualan buah-buahan, kraftangan sayuran dll. So sy syorkan korang semua cpt2 p melawat dan boleh terus zoom ke pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau coz korang hanya melalui 1 jalan utama shj x perlu pusing sana sini.


Ni pelan jalan if korang teringin nak kesana, bila tgk jalan ni x sangka rupanya amat dekat dengan tempat tinggal saya dalam 10 minit dah sampai pun tp napa sy x perasan selama ni pasal rumah ni ya...

Nota : buat admin  rumah terbalik ni sy mohon copy dan share di dalam blog sy ya (tolong promote sekali hehe) 

Wednesday, January 25, 2012

Pra Sekolah

Salam Khamis semua...
maaf coz aku agak lambat sikit share ceta pasal anakku yang dah bersekolah tahun ini. Agak sedih coz gambar2 dia 1st masuk kelas Pra Sekolah habis terdelete so camana aku nak share kan.

My waffa dah masuk Pra Sekolah (5 thn) pada 4 Jan 2012 tu...walaupun sebenarnya usia dia pada 1.1.2012 tu baru genap 4 thn 5 hari...if ikut tahun mmg dah masuk 5 thn kan tp x sampai lg la itulah ruginya beranak hujung tahun huhu...kawan2 semua dah matang yg dia ni masih lg manja tahap dewa.

Hari pertama persekolahan aku nampak dia mcm gemuruh sikit...siap pegang erat baju aku...pastu bila cikgu arahkan ibu bapa semua kuar dr kelas muka dia start merah menahan tangis tp aku biarkan sj. Masuk mgu k2 masih sama juga tp dah boleh masuk kelas sendiri.Minggu k3 aku biar dia angkat semua beg dan botol air aku hantar sampai pintu pagar jer so nampak dia dah berani sikit...syukur alhamdulillah.

Harap bulan2 seterusnya dia dah boleh bersuara dan berani buka mulut walaupun skg ni mmg dia la student yang paling pendiam. Mudahan dia boleh menjadi pelajar yang cemerlang....Amin...


pic ni aku snap awal pagi pas bersiap, muka tgh moody sikit coz malas bgn pagi, mmg inilah mslh kami setiap pagi hehe...

Trip To Simpang Mengayau Kudat (Tip of Borneo) 23/01/2012

Salam Rabu semua...
camner cuti CNY...apa ceta korang best ke tidak??? cuti 4 hari korang ada p cuti2 mesia tak? mestila ada kan... Cuti kami sempena CNY ni kami plan p Simpang Mengayau Kudat (Tip of Bornoe) je... pergi balik jer x ada niat nak bermalam d kudat pn.

Pagi yang indah pada 23 Jan 2012 tu cuaca nampak baik jer mendung tp x bererti hujan kan...kami bertolak dalam jam 8.30 pagi tanpa berbekal apa2 minum nescafe 0 jer. Perjalanan dari Tuaran-Simpang Mengayau mengambil masa selama 2 jam stgh dengan kelajuan 80-90km/jam.

Tepat Jam 1.20 pagi kami selamat tiba ke destinasi yang dituju... Simpang Mengayau, pertama kali menjejakkan kaki ke sini mmg suatu pengalaman yg menakjubkan. dengan keindahan pantai yg memutih, batu2 besar semua nampak indah....subhanAllah kuasa Allah yang mencipta.





Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Chai 2012

Gong Xi Fa Chai buat semua rakyat Malaysia yang meyambut Tahun Baru Cina. Moga tahun ini membawa seribu kebahagian, kemakmuran dan keuntungan pada semua. 

Dan yang bestnya cuti selama 4 hari ini kita pn dapat bercuti pjg boleh jalan2 cari makan... :-)

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Walau sudah 4 hari berada di dalam tahun 2012 rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Moga segala impian kita semua akan tercapai hendaknya...amin...