Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 16.05.2012

Buat Semua cikgu-cikugu di MALAYSIA... 
Happy Tearchers Day...
16.05.2012

t

Sunday, May 13, 2012

Sambutan hari Ibu 13.05.2012

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Selamat hari Ibu...buat mak...

13.05.2011 kami adik beradik sepakat membawa mak ke 1 tempat istimewa bertempat D'KL restaurant untuk meraikan hari ibu...
Tiada kata atau hadiah istimewa dapat kami berikan kecuali dapat memberi mak  perasaan
kasih sayang untuk disimpan di lubuk hatinya sampai akhir hayatnya...

Nampak kegembiraan dan kepuasan di wajah mak sudah cukup puas bagi kami adik beradik...mak tak perlukan wang ringgit, emas berlian tp cukuplah perhatian, kasih sayang dan tanggungjawab sebagai 
anak dan membalas apa yg telah mak berikan sedari dalam kandungan sehingga kini.

Dalam keriuhan gurau senda kami tetiba terlintas di fikiran...alangkah baiknya sekiranya BAPA masih ada... :-( mesti bapa seronok nampak 1 keluarga sedang berbahagia dan bergembira...namun cepat2 ke tepis perasaan hiba itu... sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dan saya pasti bapa tau apa yg kami rasakan... Ya Allah...tempatkanlah bapa bersama golongan orang2 yang beriman dan menjadi penduduk firdausimu...Al-Fatihah...amin...

Moga2 kami akan tetap bersatu sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni selamanya... aku amat beruntung punyai keluarga yang saling sayang menyang dan memahani antara satu sama yg lain....amin Ya Rabb...
Mothers day cake

potong kek...

cucu yg xcted

We are happy family...



pelahap....hehe

choose menu

mama with fael
Mohamad Tufael Tharwan

Idzar with mummy

Papa & family


My Waffa syg & abg am...

Monday, May 7, 2012

Tanggal 08 May


08 May 1979 (selasa) bersamaan 11 Jamadil Akhir 1399 hijrah... jam 5.30 pagi seorang ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3kg ke dunia ini. dan pada hari ini 08 May 2012 genaplah usiaku mencecah 33 tahun....syukur alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas lagi...

Menjangkau usia ke 33 tahun ini hampir masih byk lagi impian yang belum tercapai. Namun apa yang penting adalah kehidupan sebagai seorang 'hamba'Nya tidak pernah tertinggal. Walau masih sedikit dan masih 'merangkak' untuk mendekatkan diri padaNya aku semakin menguatkan iman didada agar aku tidak lupa dan alpa padaNya. Sedikit demi sedikit dan sehari demi sehari aku cuba dan belajar untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amal ibdat untukNya.

Dalam usia ke 33 tahun ini aku telah menjadi seorang isteri kepada Encik. R selama 6 thn. Sepanjang tempoh perkahwinan telah byk rintangan kehidupan sepanjang bergelar suami isteri...penuh dengan suka duka. Mcm2 masalah kami tempuhi bersama...masalah ekonomi masalah keluarga kami tempuhi bersama.

Dalam usia ke 33 tahun ini aku telah diberikan peluang untuk menjadi ibu kepada seorang anak perempuan tunggalku... Waffa Qarmielya anak perempuan ku sorang...diala nyawaku dialah nadiku... bunda bangga punyai anak sebijakmu wahai waffa....

Dalam usia ke 33 tahun ini aku sedikit berbangga kerana separuh daripada impianku telah tercapai...punyai keluarga bahagia punyai kerjaya dan sedikit harta peninggalan arwah ayah buatku. harta 'sekangkang kera' itu aku jadikan tapak untuk membuat rumahku...insyAllah tahun hadapan akan bermula pembinaan mahligai kecil utkku sekeluarga.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, atas apa yang engkau kurniakan padaku dalam usia 33 tahun ini. Tidak akan kusia2siakan kehidupan ini...rahmatilah kehidupanku dan keluarga...