Tuesday, September 11, 2012

Mimpi Gigi Atas Tercabut Tanpa Sakit


2 mlm yg lalu aku mimpi gigi depan atas tercabut tanpa rasa sakit...adalah dalam 5-6 batang gigi depan yg xder. Dalam mimpi tu aku siap risau sebab malu nak g ofc camanala rupa aku bercakap tanpa gigi aku siap testing2 sebut huruf 'S' dalam mimpi tu tapi x boleh sebab hanya 'angin' yg dihembus langsung x boleh nak sebut huruf 'S' tu. Sehinggalah aku terbangun sendiri dan aku lupa nak tgk jam masa tu tp rasanya dah subuh time aku terjaga pas bermimpi.

Paginya bangun aku rasa x sedap hati. Sampai ofc aku google makna semua mimpi about hilang/patah gigi depan atas ni semuanya mengatakan "ada kematian melibatkan keluarga/saudara" hrmm Nauzubillahminzalik......x yah caya sangatlah mimpi kan mainan tdo anggap saja itu mimpi buruk yg aku alami...tp aku x boleh nak tipu diri sendiri setaip jam mesti aku ingat mimpi tu.

Mimpi tu juga telah merosakkan 'mood' ku, aku langsung x boleh nak fokus pada kerja huhu...kejap2 aku kol anak,laki & semua family aku. Alhamdulillah semuanya ok. Mimpi patah gigi inilah mimpi yg amat aku takut sekali. 

Aku masih ingat pada tahun 2003 aku bermimpi geraham atas aku tanggal dan dalam tahun 2003 itu jugalah 'Bapa' aku telah pergi buat selamanya... Smlm bila aku ceta pasal mimpi ni pada laki aku dia sempat berpesan mimpi tu mainan tdo jgn simpan dalam hati buat biasa saja. Kalo memang ajal sapa2 yg dah sampai kita redha kan ajal maut tu kerja Allah SWT...dah masuk dalam qada & qadar Allah SWT...bila ia dtg kita tak akan dapat nak menghalangnya. Tanpa mimpi pun kita tetap akan dijemput yang masa esa.

Aku pejam mata dan simpan baik2 pesanan laki aku. Biarlah x ada guna aku asyik fikirkan mimpi buruk tersebut..dan aku tetap berpegang pada qada & qadar Allah. Berserah pada yg maha esa...mimpi kita pun memang dtg dr Allah....aku pejam mata..baca doa...Al-Fatihah & 3 Qul dan cuba tidur seperti biasa akhirnya aku tidur lena tanpa sebarang mimpi. 

Bangun pagi macam biasa aku x lagi teringat2 mimpi pasal 2 mlm yg lalu dan mulakan rutin kehidupanku seperti biasa. Dan baru aku sedari hanya dengan 1 MIMPI ianya akan merosakkan 'Mood' kita jadi x keruan...asyik teringat2 mimpi buruk tu. Dan apabila kita perolehi mimpi yg INDAH semestinya iainya akan meceriakan kehidupan kita pada esok harinya...betul kan... :-)

Monday, September 10, 2012

PreSchool Open House

Date : 08.09.2012 (Saturday)
Venue : Pre School Class
Events : Hari Raya Open House

As a parent we are invited to attend an open house in conjunction with the feast. Alhamdulillah sungguh meriah dan bermacam juadah yang disediakan. Puas hati dan kenyang perut :-D

Tapi rasa rugi sebab x sempat nak makan Soto yg cikgu sediakan...sebabnya??? of coz la kekenyangan makan nasi kuning yang ditempah khas dari mama Anis...

Hope...next year cikgu buat lagi open house ni kan next year Waffa still dlm kelas Pre School...tp geng2 keras ibu2 ni xla mcm dlu lg coz anak2 diorang da naik tahun 1. Hope ada la kawan2 baru nanti... apa pun geng2 ibu2 ni jugalah yg terbaikkkk....luv u all...

Dari Kiri : Umi+ Nurul, Ibu+ Fatehah, Amey +Anil, Bunda+ Awwa & Umi+Anis
Kanak-kanak Rebena
Our Foods

Puan Meme a.k.a Umi Nurul
Orang kuat Pre School Class... Amey Anil (Tuan Presiden hehe)
Sekian...rasanya tiada lagi sebarang jemputan Open Hse Hari Raya yg aku hadiri pada Syawal ini..so acara makan2 ini ditutup pada 21 Syawal 1433H.





Wednesday, September 5, 2012

Pengorbanan Suami Kita

Copy from FB 
Mencurah-curah air mata baca kisah ni...moga jadi semangat utk kita hargai,hormati suami kita hingga akhir hayat...

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata admin baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Monday, September 3, 2012

Jamuan Raya Merdeka KATA's staff











Alhamdulillah...sempat juga kami staff2 KATA's membuat makan2 sempena Hari Raya dan seterusnya Jamuan Merdeka  2012 versi Pot Luck... bermacam juadah ada mmg complete la...
Staff yg bersatu padu mmg camni kan...1 hati 1 kepala 1 pejabat & 1 Malaysia hehe... Tahniah pada semua staff KATA'S yang baik hati. InsyAllah jika berpeluang kita raikan lg pada tahun hadapan...