Wednesday, April 25, 2012

Khas untuk LELAKI


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.


Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Tuesday, April 3, 2012

Asam Jawa Kampung

Minggu lalu mak ajak aku g pantai dalit (area shangrila rasa ria resort). Tujuan utama adalah untuk mengutip buah asam jawa yang berbuah lebat. ada 2 pokok sebenarnya. Tanah tu asalnya arwah atuk yang punya so bila hotel shangrila dibina kawasan tu diambil alih kontraktor so atuk dan org lain yang terlibat terpaksa menjual tanah d tepi pantai.

Zaman kecik2 dulu selalu bermalam d rumah atuk mmg best gila2 malam2 tunggu penyu naik, pagi ptg mandi laut. Cuti sekolah jak minta hantar bapa ke rumah singgah atuk....

Berbalik ceta asam jawa ni mmg atuk yang tanam asalnya, mmg berbuah lebat. Bila musim mmg kami akan kesana untuk mengutip buahnya. Boleh buat kebahkan demam anak,(tepek di dahi anak) goreng ikan, rebus ikan, sambal cicah dan mcm2 kegunaannya kan. Lagi fresh dari asam jawa yg kita beli. Pastu kalo nak jual pun boleh biasanya org kg mmg nak asam jawa yg dibuat sendiri drpd yg dibeli.


Lebat kan...
Nenek aku tgh menjolok buah asam jawa



Mak aku pla mengutip

Anak aku jadi model asam jawa

Pun menjolok juga

kesian kan pantai ni dah kotor dari sisa2 chalet yg terbiar

Kalo dibancuh akan jadi camni boleh buat sambal goreng ikan ataupun utk kebahkan demam anak

Boleh buat sambal cicah (pic from google)

Boleh buat lulur
Jus Asam Jawa

Asam jawa kedai

Siap di pack dan boleh dijual

Monday, April 2, 2012

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah

30 Jun 2012 telah diadakan sambutan majlis harijadi bagi pelajar pra sekolah yang lahir pada bulan Jan, Feb  Mac & April. 1st time join majlis ni mmg best dapat kumpul ngan ibu2.

Meriah btl majlis ni lebih2 lagi tgk semua budak2 happy. Majlis ni diadakan 3x setahun. Nampaknya majlis anak aku akan diadakan pada hujung tahun la coz lahir bulan 12.