Monday, July 30, 2012

Lawatan Ke Tapak Rumah

Ahad...30/07/2012 gigih aku membawa ayah & waffa g melawat tapak rumah. Nak ttgk camana tanaman pisang dan nenas yag kami tanam bulan lalu sekaligus nak tgk tanahnya dah mendap ke belum..

Tanah dah nampak keras dan mendap...pisang pulak dah berdaun dan semakin meninggi...nenas pula dah nampak tumbuhnya. Kami tanam lagi 6 jambul nenas.. Mangga buat masa ni blm ditanam sebab takut layu masih ada kat umah mak dah tinggi sikit baru pindahkan.

Dah berdaun pun

Anak pisang & jambul nenas

Luas mata memandang

jom tangkap berudu

hampir nak semak kan..rumput pun dah tumbuh subur

model sawah padi

ok jom balik...panas terik la...

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak


“Sempena kedatangan Ramadhan yang lama dirindui ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan di atas segala kesilapan dan kesalahan, sepanjang umur saya… Semoga Allah menaungi hati-hati kita dengan kasih silaturrahim yang suci dan dikurnia maghfirah-Nya di atas segala kekhilafan.”
Salam Tulus Ikhlas,
Bunda Awwa & Keluarga

Bubur Kacang+RotiKering+Sagu

B4 posa kami sepakat membuat bubur kacang hijau+roti kering+sagu untuk disedahkan kepada semua staff d office ni. Kebetulan hr ni hujan turun tanpa henti memang sedap dihirup panas2...
ehh...kamoo mau resepinya? hehe bah mari aku tunjuk ajar...senang jak bah nanti kamoo boleh cuba buat untuk sungkai ok...

mula2 rendam kacang hijau semalaman... 
esok nya didihkan kacang hijau ni hingga pecah + lembut pastu masukkan air gula merah yg telah di cairkan biasanya kami beli yg dah siap hancur jgn beli yg ketul k...

tunggu air dah mendidih baru masukkan sagu dan didihkan lg sehingga pecah atau kembang kemudian barulah masukkan roti kering yg telah dipatah2kan..

agak2 dah nak ttp api baru masukkan santan pekat tunggu mendidih sekejap letak garam sedikit dan bolehlah dihirup panas2... 

~Selamat Mencuba~

p/s- Semua bahan diatas tanpa sukatan (versi saya) main campak2 n ikut citarasa masing2

Wednesday, July 18, 2012

Jom Mengukur Baju Raya

Mlm td aku bawa mywaffa g umah tukang jahit tujuan mestilah mengukur badan utk baju raya. Bukan pa if aku bagi contoh baju siap mesti ada yg x ngam so tahun ni bawa tuan punya badan hehe...

Thn ni kami buat tema kaler merun, baju sedondon ni yg kami g upah. Pastu plan nk beli 1 pasang baju kurung lg. Kamoo ada brp pasang baju raya thn ni? hehe....

Monday, July 16, 2012

Kenduri Durian

Alhamdulillah syukur....x juga aku kepunan makan durian yg disponser subcon kami... 2 guni dia hantar ke pejabat kami apa lagi berpesta durian terus la...makan 2 biji dah puas terasa lemak manis dan pahit hehe...syukur...sangat disaat harga durian yg still mahal ni dapat juga merasa durian mahal dgn free...tqvm subcon... :-)

lemak manis berkrim

tukang kopek

alhamdulillah...selesai

Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Sya'ban 1433



kelebihan malam nisfu syaaban
Assalamualaikum guys.. Perasan tidak malam ini adalah malam 15 Syaaban, 1433H iaitu dalam islam dipanggil malam Nisfu Syaaban. Apa dia kelebihan malam ini dan apa perlu kita lakukan?  

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا :اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya..

Malam Nisfu Syaaban adalah malam pengampunan Taubat dan minta pengampunan dari Allah SWT. Lakukanlah solat2 sunat taubat + solat tahajud + solat istiharah dan sebagainya. Bacalah yasin sebaik2nya adalah 3 kali dan berzikirlah dengan sebanyak yang mungkin. Berdoalah dengan sebanyak2 doa agar segala pengampunan dan permintaan kita ditunaikan oleh Allah SWT.. InsyaAllah. 
Sabda Rasulullah SAW lagi;
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر
Yang bermaksud, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)
Nota
Rebutlah peluang ini wahai sahabat2ku. Ianya datang setahun sekali. Ruginya kita jika tidak mengambil peluang yang ada. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Menjadikan.

***C&P from google

Tuesday, July 3, 2012

Alhamdulillah Mak Dah Selamat Tiba Ke Tanahair

24 June 2012 jam 8.00pm.
Alhamdulillah Ya Rabb...mak dah selamat pulang dari selesai menunaikan ibadah umrah untuk pertama kalinya... InsyAllah pas ni mak akan pergi lagi dan kali ni aku memang berhajat untuk menunaikan umrah bersama-sama mak...

sempat snap pic ni jer happy nampak cucunya fael...
Sampai rumah rehat2 jap pastu tanya cerita semasa di tanah suci dan acara kemuncak memunggah ole2 dari mekah dr mak untuk anak dan cucu2...

aku & mywaffa dapat jubah manik mmg cantik n ayah waffa pun dapat boleh buat baju raya thn ni...pic x sempat snap.

Lain2 mcm besa air zam2 kismim kacang2 dan barang2 mainan utk buah tangan budak2.