Monday, December 30, 2013

Selamat Tahun Baru 2014


Selamat Tahun Baru 2014
Selamat Tinggal 2013

Azam tahun ni :-

1. Nak siapkan rumah cepat2 pindah rumah baru.
2. Nak + anak (insyaallah, doakan)
3. Nak kurusss hihi


4. Takyah la letak azam byk2 cam thn lalu bukan semuanya capai target pun, kurus pun sekilo dua jer huhu sedihhh mak!

p/s :- Selamat bercuti semua, sy cuti start sok sampai jumaat nak urus anak sekolah 

Friday, December 27, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku 27 Dis 2013

Yeahhh my Waffa turn to 6 years. Alhamdulillah waffa membesar bagai johan. 
Bunda doakan Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal, ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Bunda syg waffa dunia akhirat...Amin..

New Born on 27/12/2007
Iam already 6 years already


Thursday, December 26, 2013

Desa Diary Farm, Mesilau, Kundasang, Sabah.

Assalammualaikum....
Wah...nampaknya lama kita tak jumpa kan. Pejam celik dah pn penghujung bulan Dec 2013. Amacam??? target thn ni tercapai tak? Sy cam biasa kehidupan sprt biasa, kesibukan kerja agak rushing thn ni. Blog tak terupdate, story byk tp masa tak ada. Hr ni pn terpaksa meluangkan sedikit masa share jalan2 cari makan kami ke Kundasang last week. 

kalo tak dipaksa jari ni membuat entry agaknya sampai Dec 2014 blog ni diam seribu bahasa. Hidup segan mati tak mahu. Kekangan kerja yg tak mengizinkannya sehingga story yg nak di share basi begitu saja. Lebih kurang camtula Blog yg bernama Bunda Awwa ini. 

Dipendekkan cerita last week 22/12/2013 sy ajak fmly g serbu pekan kundasang. Perjalanan yg tak dirancang. Pagi tu buka mata bangun mandi dan say jommm kita p new Zealand hihi, Apa?? New Zealand?? Yesss...betul kita p New Zealand jom cpt siap... lucunya tgk muka anak2 ni ternganga diorang haha... Kundasang la oiiii. Kamu ada??? Kami ada Kundasang suasananya cam New Zealand tau hihihi. tak caya tgk ni... :- 
Model pagar lembu haha


Ha... ni la dia Desa Diary Farm Kundasang. Nak masuk kat tempat ni RM 3 untuk kanak2 dan RM 4 untuk dewasa. Masuk jer kawasan ni automatik dalam otak korang ehhh aku kat mana ni? lupa jap yg korang ada d bumi Sabah. SubhanAllah cantiknya tempat ni. Udaranya segar & sejuk, redup mata memandang dgn kehijauan padang ragut lembu2 tenusu. Tempat ni betul2 dekat ngan kaki gunung, tp syg masa ni x nampak gunung coz kabus tebal masa tu.


Pic2 di atas ni area photograpy sy imagine amik pic kawin kat sini wowww kelas ko jah! hihi, dah alang2 sampai ke sini apa kata kita beli susu Desa ni fresh dari ladang tau sedap & segar. Baru perah, proses & packing x caya jom tgk ni la kedai & factory nya.


Susu di proses dan dijual terus kpd pengunjungnya. Ada 2 perasa susu segar & coklat. So pada sapa2 yg blm pernah ke sini jom cpt2 datang ke Desa Farm ni, tgk sendiri pijak sendiri tempat ni baru tau camana bestnya berada di tempat ni. Rasa cam x mau plg rasanya.

Jumpa lg pd entry Part 2 ok..byeeee

Monday, November 11, 2013

Konvokesyen Pra Sekolah 2013

Dalam tak sedar dah habis sesi Pra Sekolah anakku, kejap jak masa berlalu. Lagi 1 bulan dah masuk tahun baru 2014. Skrg ni semua rasa cam cepat berlalu kan dunia pun mcm dah bertukar wajah. Tahun dpn anakku dah masuk tahun 1. Seakan mcm baru saja sy daftarkan dia di Pra Sekolah masa 2 thn yg lalu.

Selama 2 tahun dia masuk Pra Sekolah ni, syukur alhamdulillah, dia dah boleh menguasai apa yg cikgu ajar. Dah boleh membaca, tulisan cantik. tu pn kena puji dulu baru buat sungguh2.

Skg ni tgh plan untuk pengisian dia masa cuti sekolah. Plan nak daftarkan tuisen Math & English. Pastu nak daftarkan dia kelas mengaji. Tgkla mana yg berkesempatan kita ni hanya merancang mana yg terbaik buat anak2 kan.

Ni event masa dia konvo on 7/11/2013. Konvo ke 2 dan mudahan waffa akan konvo lagi berkali2 semasa di menara gading. Insyaallah.

Pic tak bertudung masa konvo 2012 (5 thn) Pic bertudung masa konvo 2013 (6 thn)
Comel tak saya?

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Bermulanya tahun baru hijrah 1435H. Di sini saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua rakan taulan saudara mara dan kepada semua yang mengenali saya dan keluarga.Marila bersama mengubah diri menjadi mukmin yang dirahmati Allah SWT.

Thursday, October 17, 2013

Salam Aidil Adha



Hari ini, 12 Zulhijjah 1434 baru berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Moga jemaah2 haji/hajah kita mendapat haji/hajah yang mabrur insyaallah.

Baru hr ni jg berkesmpatan bjmp dgn blog usang ni. amat bz yg teramat dgn bermacam2 kerja, ujian dan masalah kesihatan yg melanda.

Bulan haji ni of coz sibuk makan daging korban kan? jaga2 ya nnt high blood pulak. Niat tahun ni mmg nak korbankan lembu tp apakan daya kita hanya merancang tp Allah yg tentukan. Insyaallah pada tahun2 hadapan akan d usahakan doakan ya sapa yg tak inginkan pahala kan.

Kepala aku sampai sakit sebab asyik makan daging fresh confirm aku ada sikit high blood huh.. Now kami laki bini tgh control tekak & perut nak jamah2 daging2 ni. 

Sambutan raya hj thn ni ala kadar jer sbb kazen aku pn tiba2 nak adakan majlis tunang masa tu juga. Habis jer solat sunat aidil adha kami begegas ke sana, so makan makan dgn fmly sekali la aka open hse raya haji sekali.

Okla yer, camana nk buat penutup ya? hahah :P bye..bye

Majlis tunang mun (kurus kn aku dlm pic ni hihi :P)

Wednesday, September 11, 2013

Selamat Hari Jadi Mak


10.09.1958-10.09-2013
Genap usia mak 55 tahun. Selamat hari lahir mak semoga mak di murahkan rezeki, dipanjangkan usia, sentiasa di rahmati Allah, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan urusan, sentiasa tenang, sentiasa bahagia selalu.

Terima kasih kerana melahirkan anak2 mak ke dunia. Menyokong anak2 mak tak kira susah & senang. Terima kasih juga di atas segala pengorbanan mak berada di samping anak2 mak selalu dan terima kasih kerana membesarkan kami bersama2 arwah bapa.

Kami sayang mak sangat2. Mak adalah mak yang paling hebat d dunia...hebat dalam hidup kami dan sentiasa hidup dalam hati kami... kami sayang mak dunia akhirat.

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434






Walaupun hari ini sudah 8 Syawal, rasanya belum terlambat lg saya & keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin.
Halalkan makan & minum
Terkasar bahasa & tingkah laku
Perbuatan & perkataan yg menyinggung perasaan
Mohon keampunan zahir & batin.


Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Salam Ramadhan 2013
Alhamdulillah syukur kerana diberikan kesempatan bertemu lg dgn bulan yang dinanti Ramadhan Al-Mubarak. Moga ibadah kita diterima Allah SWT...amin.

Tuesday, June 18, 2013

Lawatan Ke TLDM

Salam all,
Lamanya kita tak jumpa kan..actually byk story tp masa yg x mengizinkan. Ini entry yg tertangguh save draft je. hr ni kuatkan semangat utk publish hr ni. So story & pic terjeruk begitu shj d dalam hp hehe..hr ni memandangkan bos xder so apa lg terus amik peluang nk update story fresh from oven :-)

On 27/4/2013 yg lalu pihak sekolah telah menganjurkan lawatan ke sambutan hari terbuka TLDM yg ke 72 bertempat d pelabuhan jesselton point kk. Mmg best ikut rombongan sekolah ni nampak anak enjoy kita sbg ibubapa pun akan happy kan bila tgk anak2 kita share ilmu yg diorang dpt bersama kawan2.

So xnak bebel pjg jom kita tgk pic yg d amik secara rambang ni hehe :-)














Continue part 2

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu Sedunia 2013







 Selamat Hari Ibu buat semua wanita yg bergelar ibu d seluruh dunia...

Wednesday, May 8, 2013

Happy Birthday To Me...

Alhamdulillah....
Tarikh hari ini 08 Mei 1979 sy telah dilahirkan kedunia...dan pada hari ini dengan tarikh yg sama saya telah berusi 34 tahun.

Sepanjang 34 tahun ini sebagai manusia biasa pelbagai asam garam kehidupan telah saya lalui..suka, duka, pedih, kecewa, merana, bahagia, ketawa dan menangis telah sy tempuhi sebagai insan yg bernama manusia.

Alhamdulillah....
Allah masih memberikan ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Setakat ke hari ini Allah telah memberi peluang merasai hidup sebagai orang bujang seterusnya berkahwin dan menjadi seorang ibu...  syukur padamu Ya Allah.

Alhamdulillah...
Masi diberikan kesihatan yg baik walau ada tikanya diri ini jg pernah diberikan sakit sekejap. 

Alhamdulillah...
Masi diberikan zat rasa, nafsu boleh menerima rezeki yg dmkn & minum.

Alhamdulillah...
Masi merasa bahagia bersama keluarga tercinta...syukur padamu Ya Allah..


Dan kini saya telah pun berusia :-


Thursday, May 2, 2013

Happy Labour Day 2013


"Selamat Menyambut hari Pekerja 2013 & Selamat Bercuti"

Friday, April 5, 2013

Jersey Baru N'Joy FC

Yeay...jersey baru N'Joy FC dah siap...cantik kan agak2 jersey aku yg mana 1? of coz la nombor 8 my lucky nombor.. so esok ada perlawanan persahabatan menang kalah kira belakang yg penting senaman hehe...

Thursday, April 4, 2013

Kami Main Futsal

Wah...sejak hangat dengan kejadian d LD blog pun ditinggalkan. Perasaan takut, bimbang, kucar kacir, panik dan seangkatan dengannya menghalang aku dr mengupdate blog & FB hehe... Now, bila dah reda sikit baru ada perasaan senang & lega sedikit... Pray for Sabah...aku bangga menjadi anak Malaysia... Tahniah buat pasukan keselamatan negara yg telah bertunkus lumus menjaga keamanan negara...

So, hr ni ada sedikit ruang utk mengupdate blog usang ini...sejak akhir2 ni ntah mcm mana aku boleh terjebak dengan sukan futsal ni. Pada awalnya aku dipelawa kazen tp ku tolak dgn alasan ndak pandai main bola or aku kaki bangku....even if hubby tgh layan bola pn aku x join mmg sgt2 x minat. then bila kazen tu paksa aku cuba jg dgn alasan utk menjaga kesihatan keluarkan peluh dan bersenam kan sukan itu baik diamalkan utk kesihatan.

Dalam keadaan yg huru hara dgn x tau pun basic menendang bola x mesar dengan gelanggang futsal x tau undang2 futsal akhirnya aku belasah juga mmg havoc la lebih byk ketawa dr menendang bola hehe... dan sejak itu akhirnya minat aku sedikit demi sedikit pada futsal akhirnya membuahkan hasil. kami dah pandai mengawal menendang bola dah, and now every week mgu wajib bagi N'Joy FC utk turun gelanggang. 

N'JOY FC

sesi pengenalan track

yg bertudung coklat tu aku ok

Kasut ku hehe

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita 2013


WARISAN WANITA TERAKHIR

Bila kita dalam malam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terpandang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Chorus
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku tiada kau memberi
Apa yang ku perlu

Hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Ulang Chorus
Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir
Kau warisan wanita yang terakhir

Wednesday, March 6, 2013

Sabah, Malaysia Dulu Kini & Selamanya

C&P from FB

SABAH, MALAYSIA – DULU, KINI DAN SELAMANYA

Kira-kira 20,000 tahun yang lalu, Sabah dan seluruh kepulauan Borneo adalah di atas satu tanah yang salah satu daripada daratan yang membentuk tanah besar Asia. Yang menghubungkan Sabah dan Borneo adalah satu daratan yang dikenali sebagai Tanah Sunda. Apabila berlakunya peningkatan paras air laut, maka Tanah Sunda telah tenggelam dan membentuk Laut China Selatan dan akhirnya memisahkan Sabah dan seluruh kepulauan Borneo seperti apa yang berlaku sekarang. Pulau Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia dan dibentuk oleh 4 negara iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Barat. 

Sejarah awal manusia di pulau Borneo di dalam konteks Sabah dipercayai telah bermula kira-kira 40,000 tahun yang lalu. Manusia awal yang dikatakan menghuni Sabah adalah orang-orang Negrito. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak sejarah yang ditemui di Gua Madai dan Baturong berdekatan dengan Tasik Tingkayu, Kunak Sabah. Dianggarkan penemuan artifak sejarah ini berusia lebih kurang 30,000 tahun lalu. Penemuan alat primitif di Lembah Mansuli, Lahad Datu dan di Kampung Lipasu menguatkan lagi andaian bahawa manusia telah wujud di Sabah lebih awal daripada manusia wujud di Gua Niah, Sarawak iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu. 

Penghijrahan awal manusia di Sabah bermula sekitar 3000 SM. Ianya dimulai dengan kaum asal bumi Sabah iaitu dari masyarakat Murut dan Kadazan-Dusun yang dikatakan bahawa tamadun dan budaya mereka telah bertapak di bumi Sabah sejak 300 tahun yang lalu. Pembentukan kedua-dua masyarakat terawal di Sabah ini dikatakan adalah terjadi daripada perkahwinan campur yang diamalkan oleh puak Negrito yang terpisah sewaktu Tanah Sunda tenggelam. 

Terdapat empat teori tentang asal-usul masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang dianalisa melalui pertuturan, kumpulan darah serta kesenian yang dicipta oleh kedua-dua masyarakat ini iaitu: 

Teori 1 – Masyarakat ini dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari selatan Negara China ke negara-negara Asia. (T.R Williams: 1965) ; 
Teori 2 – Seketurunan dengan orang-orang Mongol, orang Kanchin dan orang Annam dari Myammar. (Ivor H.N 1923); 
Teori 3 – Kacukan daripada kaum China (Owen Rutter; 1920); 
Teori 4 – Kemudian ianya dikaitkan dengan orang purba yang memulakan penempatan di Gua Madai, Kunak Sabah.

Inilah teori-teori tentang asal keturunan kedua-dua masyarakat Kadazan-Dusun Murut di Sabah yang merupakan masyarakat asal terawal Sabah sekarang sebelum penghijrahan beberapa masyarakat asli Sabah yang lain seperti Rungus, Bajau, Bisaya dan lain-lain lagi. 

Sebelum Kesultanan Brunei berkembang dan bertapak di Borneo, pada asalnya hampir keseluruhan kawasan persisiran pantai Borneo adalah dibawah pengaruh empayar Srivijaya. Semasa abad ke-7 Masihi, keseluruhan kawasan pantai Sabah adalah dibawah pengaruh Kerajaan Vijayapura, salah satu jajahan Empayar Srivijaya. Dan apabila empayar Srivijaya berada di zaman kemerosotannya timbul pula pengembangan dan perluasan Empayar Majapahit ke atas keseluruhan kawasan persisiran Borneo. Empayar Majapahit ini berkembang sekitar abad 14 hingga ke 16. Kesultanan Brunei hanya berkembang setelah sultannya yang pertama iaitu Awang Alak Betatar memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah sekitar kurun ke-13. Semasa ini Kesultanan Brunei masih lagi membayar ufti kepada Kerajaan Majapahit seperti yang dinyatakan di dalam manuskrip kuno Negarakertagama yang ditulis pada kurun ke-13. Walau bagaimanapun, Kesultanan Brunei ini sudah mula gah dengan hubungan perniagaannya dengan Negara Tembok Besar China dan juga India sehingga memungkinkan Kesultanan Brunei pada zaman itu adalah antara empayar yang kuat dan mampu mandiri. Perluasan ke atas Sabah hanya dibuat pada masa pemerintahan Sultan Kelima Kesultanan Brunei iaitu Sultan Bolkiah antara 1485-1524. Perluasan empayar ini juga mencakupi Kepulauan Sulu dan Manila di Utara dan Sarawak sehinggalah ke Banjarmasin di selatan. Era inilah dikenali sebagai zaman kegemilangan Kesultanan Brunei. 

Walau bagaimanapun, empayar Kesultanan Brunei menghadapi zaman kemerosotannya apabila terlalu banyak peperangan tempatan di dalam negara Brunei sendiri iaitu perang merebut takhta di antara kerabat dan pembesar Kesultanan Brunei pada suatu waktu dahulu. Pada ketika inilah Kesultanan Sulu yang pada mulanya adalah tanah jajahan Brunei mula melepaskan diri dan membentuk kesultanannya sendiri. 

Pada tahun 1658, Sultan Brunei telah bertindak menyerahkan bahagian utara dan timur Borneo kepada Sultan Sulu sebagai habuan bagi bantuan yang dihulurkan di dalam menyelesaikan perang saudara di Brunei. Kesultanan Brunei terus goyah dan pengaruhnya semakin merosot di Borneo berterusan. Pada tahun 1846, pulau Labuan di pantai barat Sabah telah diserah kepada Britain oleh Sultan Brunei dan pada tahun 1848 ia menjadi jajahan British. Pulau Labuan telah menjadi pusat operasi untuk menyekat aktiviti lanun oleh British pada waktu itu. 

Pada tahun 1865, Konsul Besar British di Brunei, Charles Lee Moses, mendapat pajakan 10 tahun ke atas Borneo Utara dari Sultan Brunei Abdul Mumin. Pemilikan kemudiannya diserahkan kepada syarikat perdagangan Amerika yang dimiliki oleh Joseph William Torrey, Thomas Bradley Harris, dan beberapa peniaga Cina. Gabungan pasukan ini telah dapat menyelesaikan pertikaian di Kimanis dan bertitik tolak daripada itu Sultan Brunei telah melantik Torrey sebagai "Raja Ambong dan Marudu". Setelah kematian Torrey, hak syarikat perdagangan kemudiannya dijual kepada Gustav Baron Von Overbeck, Konsul Austro-Hungarian yang berpusat di Hong Kong. Di bawah Gustav Baron Von Overbeck sekali lagi beliau telah berjaya memperbaharui pajakan 10 tahun yang kemudiannya pajakan menjadi satu perjanjian diantara Overbeck dan Sultan Abdul Mumim. Di dalam perjanjian tersebut Sultan Abdul Mumin mengiktiraf Overbeck sebagai Raja Sabah kerana kuasa Overbeck telah mencakupi seluruh Sabah pada waktu itu termasuk bahagian timur dan utara Sabah. Perjanjian tersebut telah dimeterai di Istana Brunei di Bandar Seri Begawan pada tahun 1877. Sebagai menghormati Kerajaan Sulu yang juga pemilik kepada bahagian timur dan utara Sabah pada waktu itu walaupun pada hakikatnya Overbeck telah diiktiraf oleh Sultan Mumin memiliki keseluruhan Sabah namun Overbeck tetap masih menghormati Kesultanan Sulu maka termeterailah perjanjian diantara Overbeck dan Kesultanan Sulu untuk pemilikan timur dan utara Sabah pada tahun 1878. Terdapat 2 terma yang membawa kepada permasalahan mengikut kefahaman masing-masing di dalam perjanjian 1878 ini iaitu: 

British version
“ ... hereby grant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baron de Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London...and assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the north-west coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the south and comprising amongst other the States of Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang, and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco river with all the islands within three marine leagues of the coast.

Sulu version
“ ...do hereby lease of our own freewill and satisfaction to...all the territories and lands being tributary to [us] together with their heirs, associates, successors and assigns forever and until the end of time, all rights and powers which we possess over all territories and lads tributary to us on the mainland of the Island of Borneo, commencing from the Pandassan River on the west coast to Maludu Bay, and extending along the whole east coast as far as Sibuco River on the south,..., and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco River, ..., [9 nautical miles] of the coast." 

Pada 22 April 1903 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Jamalul Kiram, sultan Sulu telah menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai "Confirmation of cession of certain islands"" yang mana dia telah memberikan, menyerahkan atau memajak semua pulau dalam sempadan Borneo Utara bermula dari Pulau Banggi sehingga ke Teluk Sibuku kepada Syarikat Borneo Utara British. Jumlah 5,000 dolar setahun seperti yang dicatatkan di dalam Perjanjian 1878 telah dinaikkan kepada 5,300 dolar setahun perlu dibayar kepada beliau. 
Apabila Sepanyol mula meluaskan kuasanya di Pilipina, Kesultanan Sulu juga berada di bawah kawalan yang sama dan pada tahun 1885 Kerajaan Mahkota British, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid untuk mengukuhkan pengaruh Sepanyol ke atas pulau-pulau di Filipina. Dalam perjanjian ini, Sepanyol sebagai pemegang hak Pilipina telah bersetuju untuk menghapuskan semua tuntutan yang dipunyai oleh Kesultanan Sulu ke atas utara Sabah.

Di dalam Protokol Madrid 1885 ada menyatakan; 

“ The Spanish Government renounces, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the “British North Borneo Company.”

Pada tahun 1888 Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjadi jajahan naungan kepada Kerajaan Mahkota British. Walaupun menjadi negara dibawah perlindungan Kerajaan Mahkota British namun pentadbiran dan hak memajukan Sabah tetap dibawah bidangkuasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara. 
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak Bandar-bandar utama di Sabah telah musnah teruk akibat daripada pengeboman sewaktu perang antara Jepun dan negara bersekutu. Hampir keseluruhan infrastruktur di Sabah musnah dan ini menyebabkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai kewangan yang mencukupi bagi membina semula Sabah. Maka pada 15 Julai 1946, secara rasminya Sabah dan Labuan diserahkan kepada Kerajaan Mahkota British dan bermulalah era Sabah menjadi jajahan Koloni British. Penyerahan Sabah dan Labuan kepada Koloni British ini akan memungkinkan Sabah untuk dimajukan oleh Koloni British yang sudah tentu mempunyai dana yang besar bagi membangunkan kembali Sabah yang rosak teruk sewaktu perang dunia ke-2. 

Pada 31 Ogos 1957, Malaya yang juga merupakan salah satu tanah jajahan Koloni British telah mencapai kemerdekaan daripada Koloni British. Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Al-Haj iaitu Perdana Menteri Pertama Malaya telah mengilhamkan cadangan persekutuan untuk membentuk Federasi Malaysia antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya pada waktu itu. Cadangan ini telah disambut dengan baik oleh Koloni British memandangkan pada masa itu doktrin komunis telah menular ke Asia Tenggara. Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk mendapat maklumbalas dari rakyat Sabah dan Sarawak tentang penyatuan yang dicadangkan. Secara umumnya mengikut laporan Suruhanja Cobbold, rakyat Sabah dan Sarawak menerima cadangan penggabungan tersebut. Atas persetujuan pemimpin tempatan Sabah dan Sarawak pada masa itu, perbentukan Federasi Malaysia telah diterima dengan beberapa perkara bagi menjaga hak mutlak rakyat Sabah dan Sarawak. Kebajikan dan hak mutlak rakyat Sabah dan Sarawak inilah dikenali sebagai 20 perkara. Perjanjian bersyarat ini telah diterima oleh Kerajaan Koloni British dan juga Kerajaan Malaya pada waktu itu. Maka pada 31 Ogos 1963, Sabah telah merdeka daripada menjadi jajahan Koloni British dan Sarawak pula merdeka lebih awal iaitu pada 22 Julai 1963. Pada asalnya Federasi Malaysia harus dibentuk pada 31 Ogos 1963 tetapi terdapat beberapa bantahan daripada Filipina dan Indonesia yang telah melewatkan pembentukan Federasi Malaysia. Akhirnya pada 16 September 1963 maka terbentuklah Federasi Malaysia yang diwujudkan oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walau bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini Sabah, Sarawak dan Malaya kekal dibawah satu gabungan bernama NEGARA MALAYSIA. 

Berdasarkan kepada segala perjanjian masa lampau dan sejarah pembentukan Sabah sehingga kepada menjadi antara gabungan yang membentuk Negara Malaysia ternyata Sabah adalah sebuah negeri yang berdaulat dan Sabah adalah hak milik rakyat Sabah dan rakyat Sabah adalah rakyat Malaysia. Mana mungkin ada negara luar ataupun individu dengan sewenang-wenangnya membuat tuntutan membabi buta kerana segalanya telah termaktub di dalam semua perjanjian bertulis. Untuk rakyat Sabah, rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda semua di dalam suka mahupun duka kerana kita adalah satu bangsa yang sama iaitu Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia akan mempertahankan tanahnya dan tidak akan kita biarkan orang memperkotak-katikkan kita sesuka hati. 

Tuesday, March 5, 2013

Wordless Wednesday


Tolong daoakan PERWIRA kita dan doakan keselamatan rakyat SABAH DI BAWAH BAYU...

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Hari ini :- 12 Rabiul Awal 1434
Salam Maulidur Rasul 1434H..
Mari bersama cintai Rasul Kita... Muhammad S.A.W
Mari bersama luangkan masa utk kita mengenali Kekasih Allah SWT.
Moga kisah rasul kita ini menjadi teladan,iktibar dan ikutan pd kehidupan kita seharian.

Monday, January 21, 2013

Kembang Semangkuk Penawar Demam Malam


Disebabkan my waffa asyik demam malam 2 mgu yg lalu sy fikiran sy jd x keruan. Sy google cari penyebab knp budak malamnya demam tp siang hari aktif cam biasa. Bukan demam biasa ya tp mmg demam panas sgt2 sehingga suhu mencapai 39°.

Mcm2 sebab dan punca saya temui. Korang google sendiri la ya. Mgu lalu sy lepak jap d sekolah waffa lepak ngan ibu2 pra sk. Bila sy ceta pasal waffa demam malam ada sorang kaka tu share petua ngan saya petua dr suku kaum suluk.

Dia ckp rendam 7 biji Kembang semangkuk dgn 7 biji gandum (jagung kering) tunggu kembang semangkuk kembang kemudian baca Al-Fatihah 1x dan selawat Nabi 3x dan bagi anak minum serta airnya usap d umbun2 serta boleh dituam pd bdn anak.

Mlm tu dgn penuh yakin sy ikut petua tu bg waffa minum dan lap2 pd badannya. Esoknya ada kuar ruam2 merah d belakang dan area dadanya. Barulah sy tau rupanya kembang semangkuk ni sbnrnya membuang panas dalam.

Sempat sy bertanya pada doktor yg merawat waffa. Knp siang sihat mlm demam panas? doctor cakap siang kan cuaca panas so demamnya masuk dalam bila masuk ja waktu mlm suhu badan kita d luar sejuk dan panas dalam tu x keluar tu yg menyebabkan anak demam pd sblh mlm shj. Sy sempat bg waffa minum syrup dalam 3x shj slbhnya sy bg dia air kembang semangkuk ni In Syaa Allah dgn izin Allah demam panasnya beransur pulih. Sejak minum kembang semangkuk ni mmg kita akan nampak ada ruam merah yg keluar pada tubuh badan anak kita. Itu tandanya panas dalam telah keluar.

Korang boleh cuba jg ya cuba dgn penuh yakin. Tak usaha kita tak tau kan. Sejak hr tu sy amalkan minum air kembang semangkuk ni. Atas meja sym mg sy letak 1 jug utk air minum seharian. Dan drumah mmg sy akan rendam utk air minum waffa jg. Kita share2 petua ya :-)