Monday, December 30, 2013

Selamat Tahun Baru 2014


Selamat Tahun Baru 2014
Selamat Tinggal 2013

Azam tahun ni :-

1. Nak siapkan rumah cepat2 pindah rumah baru.
2. Nak + anak (insyaallah, doakan)
3. Nak kurusss hihi


4. Takyah la letak azam byk2 cam thn lalu bukan semuanya capai target pun, kurus pun sekilo dua jer huhu sedihhh mak!

p/s :- Selamat bercuti semua, sy cuti start sok sampai jumaat nak urus anak sekolah 

Friday, December 27, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku 27 Dis 2013

Yeahhh my Waffa turn to 6 years. Alhamdulillah waffa membesar bagai johan. 
Bunda doakan Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal, ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Bunda syg waffa dunia akhirat...Amin..

New Born on 27/12/2007
Iam already 6 years already


Thursday, December 26, 2013

Desa Diary Farm, Mesilau, Kundasang, Sabah.

Assalammualaikum....
Wah...nampaknya lama kita tak jumpa kan. Pejam celik dah pn penghujung bulan Dec 2013. Amacam??? target thn ni tercapai tak? Sy cam biasa kehidupan sprt biasa, kesibukan kerja agak rushing thn ni. Blog tak terupdate, story byk tp masa tak ada. Hr ni pn terpaksa meluangkan sedikit masa share jalan2 cari makan kami ke Kundasang last week. 

kalo tak dipaksa jari ni membuat entry agaknya sampai Dec 2014 blog ni diam seribu bahasa. Hidup segan mati tak mahu. Kekangan kerja yg tak mengizinkannya sehingga story yg nak di share basi begitu saja. Lebih kurang camtula Blog yg bernama Bunda Awwa ini. 

Dipendekkan cerita last week 22/12/2013 sy ajak fmly g serbu pekan kundasang. Perjalanan yg tak dirancang. Pagi tu buka mata bangun mandi dan say jommm kita p new Zealand hihi, Apa?? New Zealand?? Yesss...betul kita p New Zealand jom cpt siap... lucunya tgk muka anak2 ni ternganga diorang haha... Kundasang la oiiii. Kamu ada??? Kami ada Kundasang suasananya cam New Zealand tau hihihi. tak caya tgk ni... :- 
Model pagar lembu haha


Ha... ni la dia Desa Diary Farm Kundasang. Nak masuk kat tempat ni RM 3 untuk kanak2 dan RM 4 untuk dewasa. Masuk jer kawasan ni automatik dalam otak korang ehhh aku kat mana ni? lupa jap yg korang ada d bumi Sabah. SubhanAllah cantiknya tempat ni. Udaranya segar & sejuk, redup mata memandang dgn kehijauan padang ragut lembu2 tenusu. Tempat ni betul2 dekat ngan kaki gunung, tp syg masa ni x nampak gunung coz kabus tebal masa tu.


Pic2 di atas ni area photograpy sy imagine amik pic kawin kat sini wowww kelas ko jah! hihi, dah alang2 sampai ke sini apa kata kita beli susu Desa ni fresh dari ladang tau sedap & segar. Baru perah, proses & packing x caya jom tgk ni la kedai & factory nya.


Susu di proses dan dijual terus kpd pengunjungnya. Ada 2 perasa susu segar & coklat. So pada sapa2 yg blm pernah ke sini jom cpt2 datang ke Desa Farm ni, tgk sendiri pijak sendiri tempat ni baru tau camana bestnya berada di tempat ni. Rasa cam x mau plg rasanya.

Jumpa lg pd entry Part 2 ok..byeeee