Tuesday, August 12, 2014

Pic Raya 2014

16  Syawal 1435
Baru berkesempatan menguplod pic raya. Alasan asyik bz dgn kerja2 pejabat tp alkisahnya mmg mood malas melanda sejak berbadan 2 ni...


Addini & Waffa

Happy...

Monday, August 11, 2014

Lah Tahzan Innallaha Ma'ana

07hb Ogos 2014
Mlm tu tanpa di duga hujan turun dengan lebat beserta angin kencang.Keadaan jd huru hara sekejap dengan bunyi angin seakan kapal terbang berlepas. Tetiba teringat ribut greg yang melanda sabah pada tahun 1996.
Dasyatnya hanya Allah sahaja yg tahu.

Dalam keadaan ketakutan, tiba2 sahaja angin kencang semakin perlahan dan reda hanya tinggal hujan lebat membasahi bumi.

Dalam pukul 10 malam adik ipar kol bagitau rumah mentua terkena mata angin. Bumbung koriodor rosak teruk terkena mata angin. Pokok2 buah belakang rumah rebah menyembah bumi. Tiang elektrik tumbang menyebabkan bekalan elektrik 1 kg terputus.







Pokok buah-buahan yg tumbang

Pekerja SESB tengah membaiki bekalan elektrik yg terputus

Thursday, July 10, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Assalammualaikum,
Hari ini 10/07/2014 bersamaan 12 Ramadhan 1435 baru berkesempatan utk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa.

Setelah hampir 3 bulan blog ini tidak di update kerana mslh kesibukan kerja dan masalah kesihatan. Syukur hari ini diberi sedikit kesihatan dan kekuatan baru terluang sedikit masa untuk mengupdate sedikit demi sedikit kisah harian.

Syukur Alhamdulillah, Tahun ni Allah beri sedikit rezeki kpd kami sekeluarga, setelah hampir 6 tahun menunggu kehadiran baby Feb thn ni sy disahkan hamil anak kedua. Syukur Ya Allah. Setelah sekian lama mencuba akhirnya rezeki datang jg.

Atas alasan mslh morning sickness yg teruk membuatkan sy x ada masa nak berkongsi cerita di dalam blog ni.  InsyAllah lps ni sy akan cuba jenguk blog kawan2 ya.

Salam Ramadhan... 0-0 yer :-)

Monday, March 10, 2014

Pray 4 MH370


Tidak dapat berkata-kata
Menanti khabar dgn sabar
Harapan setinggi gunung
Kesedihan melanda jiwa
Hanya mampu menadah tangan
Memohon doa
Moga selamatla semuanya
MH370....

Tuesday, January 28, 2014

Worldness Wednesday


Hari tanpa kata, diam seribu bahasa, tugasan tanpa bicara

Thursday, January 9, 2014

War Memorial Park Kundasang, Ranau, Sabah

Ini adalah sambungan ceta kami di Desa Cattle Farm 

Sebelum ke Desa Farm terlebih dahulu kami singgah ke War Memorial Park Kundasang, betul2 terletak di Pekan Kundasang. Tiket masuk ke sini RM 3 Dewasa RM 2 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Nak tau details klik link ni yer, sy malas nak explain. Jom kita layan pic jer ok.












Tuesday, January 7, 2014

Waffa melangkah ke tahun 1, 2014

Assalammualaikum & slmt thn baru 2014.
Tahun ini my waffa dah melangkah alam sekolah rendah. Dah masuk tahun 1. Sungguh tak rasa masa berlalu dgn cepat seakan br rasanya sy daftarkan dia pra sekolah semasa dia berumur 5 thn.

Thn ni dia hanya sekolah 1 sesi shj sek rendah, sy daftarkan sek agama nangisla pula. Tunggu la 2-3 bln lg kemudian pujuk dia semula. Siapa yg tak nak anak dia berilmu kan. Semua ibu bapa menimpikan anaknya menjadi anak yg berilmu dunia akhirat.

Beratur tunggu kelas masing2


Penyerahan tag nama

Dah dpt tempat duduk sementara
Best fren 4 ever