Tuesday, August 12, 2014

Pic Raya 2014

16  Syawal 1435
Baru berkesempatan menguplod pic raya. Alasan asyik bz dgn kerja2 pejabat tp alkisahnya mmg mood malas melanda sejak berbadan 2 ni...


Addini & Waffa

Happy...

Monday, August 11, 2014

Lah Tahzan Innallaha Ma'ana

07hb Ogos 2014
Mlm tu tanpa di duga hujan turun dengan lebat beserta angin kencang.Keadaan jd huru hara sekejap dengan bunyi angin seakan kapal terbang berlepas. Tetiba teringat ribut greg yang melanda sabah pada tahun 1996.
Dasyatnya hanya Allah sahaja yg tahu.

Dalam keadaan ketakutan, tiba2 sahaja angin kencang semakin perlahan dan reda hanya tinggal hujan lebat membasahi bumi.

Dalam pukul 10 malam adik ipar kol bagitau rumah mentua terkena mata angin. Bumbung koriodor rosak teruk terkena mata angin. Pokok2 buah belakang rumah rebah menyembah bumi. Tiang elektrik tumbang menyebabkan bekalan elektrik 1 kg terputus.







Pokok buah-buahan yg tumbang

Pekerja SESB tengah membaiki bekalan elektrik yg terputus