Sunday, February 14, 2021

Yeayyy dah dapat balik blog lama

 Alhamdulillah

15/2/2021 akhirnya sy dah dapat balik blog lama yeayyy 

Thursday, January 26, 2017

2 tahun berlalu

Assalammualaikum...
Sudah 2 tahun berlalu, sy menyepi dr dunia blog
Blog aka diari kehidupan sy
Berkongsi suka duka pahit manis sebuahnya kehidupan...

2 tahun berlalu...
Pelbagai cerita kisah hitam putih duniawi telah sy lalu
Sebesar ujian kpd sy dr Allah yg maha esa
Sebagai peringatan agar sy selalu mengingatiNya
Agar sy sentiasa mendekatiNya
Agar sy sentiasa menandah tangan memohon keampunan daripadaNya
Agar sy mengenal diri saya yg kerdil ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 
Tolong ingatkan aku
Tolong sedarkan aku
Sekiranya aku lalai segera sedarkan aku

Sesungguhnya tiada tempatku memohon pertolongan dan perlindungan
kecualiMu Ya Allah.



Tuesday, August 12, 2014

Pic Raya 2014

16  Syawal 1435
Baru berkesempatan menguplod pic raya. Alasan asyik bz dgn kerja2 pejabat tp alkisahnya mmg mood malas melanda sejak berbadan 2 ni...


Addini & Waffa

Happy...

Monday, August 11, 2014

Lah Tahzan Innallaha Ma'ana

07hb Ogos 2014
Mlm tu tanpa di duga hujan turun dengan lebat beserta angin kencang.Keadaan jd huru hara sekejap dengan bunyi angin seakan kapal terbang berlepas. Tetiba teringat ribut greg yang melanda sabah pada tahun 1996.
Dasyatnya hanya Allah sahaja yg tahu.

Dalam keadaan ketakutan, tiba2 sahaja angin kencang semakin perlahan dan reda hanya tinggal hujan lebat membasahi bumi.

Dalam pukul 10 malam adik ipar kol bagitau rumah mentua terkena mata angin. Bumbung koriodor rosak teruk terkena mata angin. Pokok2 buah belakang rumah rebah menyembah bumi. Tiang elektrik tumbang menyebabkan bekalan elektrik 1 kg terputus.







Pokok buah-buahan yg tumbang

Pekerja SESB tengah membaiki bekalan elektrik yg terputus

Thursday, July 10, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Assalammualaikum,
Hari ini 10/07/2014 bersamaan 12 Ramadhan 1435 baru berkesempatan utk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa.

Setelah hampir 3 bulan blog ini tidak di update kerana mslh kesibukan kerja dan masalah kesihatan. Syukur hari ini diberi sedikit kesihatan dan kekuatan baru terluang sedikit masa untuk mengupdate sedikit demi sedikit kisah harian.

Syukur Alhamdulillah, Tahun ni Allah beri sedikit rezeki kpd kami sekeluarga, setelah hampir 6 tahun menunggu kehadiran baby Feb thn ni sy disahkan hamil anak kedua. Syukur Ya Allah. Setelah sekian lama mencuba akhirnya rezeki datang jg.

Atas alasan mslh morning sickness yg teruk membuatkan sy x ada masa nak berkongsi cerita di dalam blog ni.  InsyAllah lps ni sy akan cuba jenguk blog kawan2 ya.

Salam Ramadhan... 0-0 yer :-)

Monday, March 10, 2014

Pray 4 MH370


Tidak dapat berkata-kata
Menanti khabar dgn sabar
Harapan setinggi gunung
Kesedihan melanda jiwa
Hanya mampu menadah tangan
Memohon doa
Moga selamatla semuanya
MH370....

Tuesday, January 28, 2014

Worldness Wednesday


Hari tanpa kata, diam seribu bahasa, tugasan tanpa bicara