Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita 2013


WARISAN WANITA TERAKHIR

Bila kita dalam malam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terpandang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Chorus
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku tiada kau memberi
Apa yang ku perlu

Hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Ulang Chorus
Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir
Kau warisan wanita yang terakhir

Wednesday, March 6, 2013

Sabah, Malaysia Dulu Kini & Selamanya

C&P from FB

SABAH, MALAYSIA – DULU, KINI DAN SELAMANYA

Kira-kira 20,000 tahun yang lalu, Sabah dan seluruh kepulauan Borneo adalah di atas satu tanah yang salah satu daripada daratan yang membentuk tanah besar Asia. Yang menghubungkan Sabah dan Borneo adalah satu daratan yang dikenali sebagai Tanah Sunda. Apabila berlakunya peningkatan paras air laut, maka Tanah Sunda telah tenggelam dan membentuk Laut China Selatan dan akhirnya memisahkan Sabah dan seluruh kepulauan Borneo seperti apa yang berlaku sekarang. Pulau Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia dan dibentuk oleh 4 negara iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Barat. 

Sejarah awal manusia di pulau Borneo di dalam konteks Sabah dipercayai telah bermula kira-kira 40,000 tahun yang lalu. Manusia awal yang dikatakan menghuni Sabah adalah orang-orang Negrito. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak sejarah yang ditemui di Gua Madai dan Baturong berdekatan dengan Tasik Tingkayu, Kunak Sabah. Dianggarkan penemuan artifak sejarah ini berusia lebih kurang 30,000 tahun lalu. Penemuan alat primitif di Lembah Mansuli, Lahad Datu dan di Kampung Lipasu menguatkan lagi andaian bahawa manusia telah wujud di Sabah lebih awal daripada manusia wujud di Gua Niah, Sarawak iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu. 

Penghijrahan awal manusia di Sabah bermula sekitar 3000 SM. Ianya dimulai dengan kaum asal bumi Sabah iaitu dari masyarakat Murut dan Kadazan-Dusun yang dikatakan bahawa tamadun dan budaya mereka telah bertapak di bumi Sabah sejak 300 tahun yang lalu. Pembentukan kedua-dua masyarakat terawal di Sabah ini dikatakan adalah terjadi daripada perkahwinan campur yang diamalkan oleh puak Negrito yang terpisah sewaktu Tanah Sunda tenggelam. 

Terdapat empat teori tentang asal-usul masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang dianalisa melalui pertuturan, kumpulan darah serta kesenian yang dicipta oleh kedua-dua masyarakat ini iaitu: 

Teori 1 – Masyarakat ini dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari selatan Negara China ke negara-negara Asia. (T.R Williams: 1965) ; 
Teori 2 – Seketurunan dengan orang-orang Mongol, orang Kanchin dan orang Annam dari Myammar. (Ivor H.N 1923); 
Teori 3 – Kacukan daripada kaum China (Owen Rutter; 1920); 
Teori 4 – Kemudian ianya dikaitkan dengan orang purba yang memulakan penempatan di Gua Madai, Kunak Sabah.

Inilah teori-teori tentang asal keturunan kedua-dua masyarakat Kadazan-Dusun Murut di Sabah yang merupakan masyarakat asal terawal Sabah sekarang sebelum penghijrahan beberapa masyarakat asli Sabah yang lain seperti Rungus, Bajau, Bisaya dan lain-lain lagi. 

Sebelum Kesultanan Brunei berkembang dan bertapak di Borneo, pada asalnya hampir keseluruhan kawasan persisiran pantai Borneo adalah dibawah pengaruh empayar Srivijaya. Semasa abad ke-7 Masihi, keseluruhan kawasan pantai Sabah adalah dibawah pengaruh Kerajaan Vijayapura, salah satu jajahan Empayar Srivijaya. Dan apabila empayar Srivijaya berada di zaman kemerosotannya timbul pula pengembangan dan perluasan Empayar Majapahit ke atas keseluruhan kawasan persisiran Borneo. Empayar Majapahit ini berkembang sekitar abad 14 hingga ke 16. Kesultanan Brunei hanya berkembang setelah sultannya yang pertama iaitu Awang Alak Betatar memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah sekitar kurun ke-13. Semasa ini Kesultanan Brunei masih lagi membayar ufti kepada Kerajaan Majapahit seperti yang dinyatakan di dalam manuskrip kuno Negarakertagama yang ditulis pada kurun ke-13. Walau bagaimanapun, Kesultanan Brunei ini sudah mula gah dengan hubungan perniagaannya dengan Negara Tembok Besar China dan juga India sehingga memungkinkan Kesultanan Brunei pada zaman itu adalah antara empayar yang kuat dan mampu mandiri. Perluasan ke atas Sabah hanya dibuat pada masa pemerintahan Sultan Kelima Kesultanan Brunei iaitu Sultan Bolkiah antara 1485-1524. Perluasan empayar ini juga mencakupi Kepulauan Sulu dan Manila di Utara dan Sarawak sehinggalah ke Banjarmasin di selatan. Era inilah dikenali sebagai zaman kegemilangan Kesultanan Brunei. 

Walau bagaimanapun, empayar Kesultanan Brunei menghadapi zaman kemerosotannya apabila terlalu banyak peperangan tempatan di dalam negara Brunei sendiri iaitu perang merebut takhta di antara kerabat dan pembesar Kesultanan Brunei pada suatu waktu dahulu. Pada ketika inilah Kesultanan Sulu yang pada mulanya adalah tanah jajahan Brunei mula melepaskan diri dan membentuk kesultanannya sendiri. 

Pada tahun 1658, Sultan Brunei telah bertindak menyerahkan bahagian utara dan timur Borneo kepada Sultan Sulu sebagai habuan bagi bantuan yang dihulurkan di dalam menyelesaikan perang saudara di Brunei. Kesultanan Brunei terus goyah dan pengaruhnya semakin merosot di Borneo berterusan. Pada tahun 1846, pulau Labuan di pantai barat Sabah telah diserah kepada Britain oleh Sultan Brunei dan pada tahun 1848 ia menjadi jajahan British. Pulau Labuan telah menjadi pusat operasi untuk menyekat aktiviti lanun oleh British pada waktu itu. 

Pada tahun 1865, Konsul Besar British di Brunei, Charles Lee Moses, mendapat pajakan 10 tahun ke atas Borneo Utara dari Sultan Brunei Abdul Mumin. Pemilikan kemudiannya diserahkan kepada syarikat perdagangan Amerika yang dimiliki oleh Joseph William Torrey, Thomas Bradley Harris, dan beberapa peniaga Cina. Gabungan pasukan ini telah dapat menyelesaikan pertikaian di Kimanis dan bertitik tolak daripada itu Sultan Brunei telah melantik Torrey sebagai "Raja Ambong dan Marudu". Setelah kematian Torrey, hak syarikat perdagangan kemudiannya dijual kepada Gustav Baron Von Overbeck, Konsul Austro-Hungarian yang berpusat di Hong Kong. Di bawah Gustav Baron Von Overbeck sekali lagi beliau telah berjaya memperbaharui pajakan 10 tahun yang kemudiannya pajakan menjadi satu perjanjian diantara Overbeck dan Sultan Abdul Mumim. Di dalam perjanjian tersebut Sultan Abdul Mumin mengiktiraf Overbeck sebagai Raja Sabah kerana kuasa Overbeck telah mencakupi seluruh Sabah pada waktu itu termasuk bahagian timur dan utara Sabah. Perjanjian tersebut telah dimeterai di Istana Brunei di Bandar Seri Begawan pada tahun 1877. Sebagai menghormati Kerajaan Sulu yang juga pemilik kepada bahagian timur dan utara Sabah pada waktu itu walaupun pada hakikatnya Overbeck telah diiktiraf oleh Sultan Mumin memiliki keseluruhan Sabah namun Overbeck tetap masih menghormati Kesultanan Sulu maka termeterailah perjanjian diantara Overbeck dan Kesultanan Sulu untuk pemilikan timur dan utara Sabah pada tahun 1878. Terdapat 2 terma yang membawa kepada permasalahan mengikut kefahaman masing-masing di dalam perjanjian 1878 ini iaitu: 

British version
“ ... hereby grant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baron de Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London...and assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the north-west coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the south and comprising amongst other the States of Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang, and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco river with all the islands within three marine leagues of the coast.

Sulu version
“ ...do hereby lease of our own freewill and satisfaction to...all the territories and lands being tributary to [us] together with their heirs, associates, successors and assigns forever and until the end of time, all rights and powers which we possess over all territories and lads tributary to us on the mainland of the Island of Borneo, commencing from the Pandassan River on the west coast to Maludu Bay, and extending along the whole east coast as far as Sibuco River on the south,..., and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco River, ..., [9 nautical miles] of the coast." 

Pada 22 April 1903 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Jamalul Kiram, sultan Sulu telah menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai "Confirmation of cession of certain islands"" yang mana dia telah memberikan, menyerahkan atau memajak semua pulau dalam sempadan Borneo Utara bermula dari Pulau Banggi sehingga ke Teluk Sibuku kepada Syarikat Borneo Utara British. Jumlah 5,000 dolar setahun seperti yang dicatatkan di dalam Perjanjian 1878 telah dinaikkan kepada 5,300 dolar setahun perlu dibayar kepada beliau. 
Apabila Sepanyol mula meluaskan kuasanya di Pilipina, Kesultanan Sulu juga berada di bawah kawalan yang sama dan pada tahun 1885 Kerajaan Mahkota British, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid untuk mengukuhkan pengaruh Sepanyol ke atas pulau-pulau di Filipina. Dalam perjanjian ini, Sepanyol sebagai pemegang hak Pilipina telah bersetuju untuk menghapuskan semua tuntutan yang dipunyai oleh Kesultanan Sulu ke atas utara Sabah.

Di dalam Protokol Madrid 1885 ada menyatakan; 

“ The Spanish Government renounces, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the “British North Borneo Company.”

Pada tahun 1888 Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjadi jajahan naungan kepada Kerajaan Mahkota British. Walaupun menjadi negara dibawah perlindungan Kerajaan Mahkota British namun pentadbiran dan hak memajukan Sabah tetap dibawah bidangkuasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara. 
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak Bandar-bandar utama di Sabah telah musnah teruk akibat daripada pengeboman sewaktu perang antara Jepun dan negara bersekutu. Hampir keseluruhan infrastruktur di Sabah musnah dan ini menyebabkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai kewangan yang mencukupi bagi membina semula Sabah. Maka pada 15 Julai 1946, secara rasminya Sabah dan Labuan diserahkan kepada Kerajaan Mahkota British dan bermulalah era Sabah menjadi jajahan Koloni British. Penyerahan Sabah dan Labuan kepada Koloni British ini akan memungkinkan Sabah untuk dimajukan oleh Koloni British yang sudah tentu mempunyai dana yang besar bagi membangunkan kembali Sabah yang rosak teruk sewaktu perang dunia ke-2. 

Pada 31 Ogos 1957, Malaya yang juga merupakan salah satu tanah jajahan Koloni British telah mencapai kemerdekaan daripada Koloni British. Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Al-Haj iaitu Perdana Menteri Pertama Malaya telah mengilhamkan cadangan persekutuan untuk membentuk Federasi Malaysia antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya pada waktu itu. Cadangan ini telah disambut dengan baik oleh Koloni British memandangkan pada masa itu doktrin komunis telah menular ke Asia Tenggara. Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk mendapat maklumbalas dari rakyat Sabah dan Sarawak tentang penyatuan yang dicadangkan. Secara umumnya mengikut laporan Suruhanja Cobbold, rakyat Sabah dan Sarawak menerima cadangan penggabungan tersebut. Atas persetujuan pemimpin tempatan Sabah dan Sarawak pada masa itu, perbentukan Federasi Malaysia telah diterima dengan beberapa perkara bagi menjaga hak mutlak rakyat Sabah dan Sarawak. Kebajikan dan hak mutlak rakyat Sabah dan Sarawak inilah dikenali sebagai 20 perkara. Perjanjian bersyarat ini telah diterima oleh Kerajaan Koloni British dan juga Kerajaan Malaya pada waktu itu. Maka pada 31 Ogos 1963, Sabah telah merdeka daripada menjadi jajahan Koloni British dan Sarawak pula merdeka lebih awal iaitu pada 22 Julai 1963. Pada asalnya Federasi Malaysia harus dibentuk pada 31 Ogos 1963 tetapi terdapat beberapa bantahan daripada Filipina dan Indonesia yang telah melewatkan pembentukan Federasi Malaysia. Akhirnya pada 16 September 1963 maka terbentuklah Federasi Malaysia yang diwujudkan oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walau bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini Sabah, Sarawak dan Malaya kekal dibawah satu gabungan bernama NEGARA MALAYSIA. 

Berdasarkan kepada segala perjanjian masa lampau dan sejarah pembentukan Sabah sehingga kepada menjadi antara gabungan yang membentuk Negara Malaysia ternyata Sabah adalah sebuah negeri yang berdaulat dan Sabah adalah hak milik rakyat Sabah dan rakyat Sabah adalah rakyat Malaysia. Mana mungkin ada negara luar ataupun individu dengan sewenang-wenangnya membuat tuntutan membabi buta kerana segalanya telah termaktub di dalam semua perjanjian bertulis. Untuk rakyat Sabah, rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda semua di dalam suka mahupun duka kerana kita adalah satu bangsa yang sama iaitu Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia akan mempertahankan tanahnya dan tidak akan kita biarkan orang memperkotak-katikkan kita sesuka hati. 

Tuesday, March 5, 2013

Wordless Wednesday


Tolong daoakan PERWIRA kita dan doakan keselamatan rakyat SABAH DI BAWAH BAYU...