Thursday, January 27, 2011

Home Sweet Home

Agak2 korang dpt ka aku memiliki sebuah rumah sekecil ini? aku mengimpikan sebuah rumah sendiri yg dibina sendiri dengan design yg simple biarpun kecil ttp aman dan bahagia aku mendiaminya....
Hrmmmm....oh....home sweet home...bila la ???? huhuhuu

Friday, January 14, 2011

Plan 15.1.11

Aku rindu mo lepak2 d tg aru beach...rindu mo tgk sunset biasa p sana pun time lunch time.... esok plan mo p jalan2 bawa anak la mo tgk kapal landing mo rehat2 d bawah pokok biar anak bebas bermain d pasir pantai... dan aku juga rindukan......


 
Rindu makan abc & cendol special disini....

Rindu makan mee hailam d gerai ni....

Rindu mau makan jeruk buah yg mcm2....


Rindu mo minum air kelapa muda sejuk....

Rindu mo makan jagung rebus dan jagung bakar...

Rindu mo makan kacang rebus....


Rindu mo makan sate ngan nc himpit sekali dgn sambal kacangnya....



paling penting rindu mo makan ciken wing bakar....walaaaaaa!

p/s:- aku dpt pic ni dr en gugel ya

Hatiku Kecewa

Hatiku kecewa apa yg aku harap2kan tidak kesampian huhuu...kerana bila aku p buat testing td akhirnya result yg aku dapat adalah :
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


terang gila kan 1 line jerk naik

Wednesday, January 12, 2011

Addini Collection

~U Are Invited to ADDINI COLLECTION for new hijab & TUDUNG DENIM & ANGGUN~

Sunday, January 9, 2011

Kudaku...

Kuda merahku sakit...hampir2 nazak tp syukurlah sempat bawa p hospital...huhu
dalam sejarah...pembukaan 2011 aku mulakan dgn mslh kereta hampir seminggu aku 
mengurus ketaku yg rosak ada saja sakitnya serentak pula tu nazak aku kuarkan ongkos...
mau dibiarkan mmg perlu betul susah gerak tanpa keta...mau ndak mau kena pejam mata
cucuk duit dr asb aku huhu.... apa boleh buat keta lama mmg mcm tu... sabarla...


03/01/2011 - Monday -  Bawa p Bengkel utk services engine 
04/01/2011 - Tuesday - Tukar Clutch Cable
05/01/2011 - Wednesday - Servicess Timing
06/01/2011 - Thursday - Alingment
09/01/2011 - Tukar Cable Plug dan Services Air Cond.

Renung2kan

C&P (From Email)

Mengumpat & Fitnah



Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?

(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)

 

RasulAllah SAW bersabda;

Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.

 

Baginda SAW juga bersabda;

Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.

 

Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya) .
 
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;

Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.

 

Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;

Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.
 

Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, “Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya”.
 
Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera RasulAllah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda RasulAllah SAW;

Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.

 

Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;

Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.

 

Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, “Bagaimana keadaan saudaraku?” Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “Ceritakan padaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah”. Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah”.
 
Abu Hafsh al-Kabir berkata, “Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang”, lalu dia berkata, “Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat  Allah”.
 
Telah berkata Ka’ab ra., “Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka”. Allah SWT berfirman;

Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.

(Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)

 

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;

Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.

 

Rujukan:

Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
`
Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih? (Surah Ibrahim: Ayat 7)
 
`
Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman? (Surah al Anfâl : Ayat 1)

`
Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah? (Surah al Hasyr : Ayat 7)
 
`
Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.?

Monday, January 3, 2011

Good Bye 2010 Welcome 2011

Walaupun aku terlewat selama 3 hari namun kita baru sahaja 3 hari menyambut tahun baru 2011.... aku sebenarnya suda draft entry new year ni tp bz body sampai aku lpa mau wish pd u all semua :D anyway dikesempatan ini aku mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2011 buat semua.... azam thn ni? hehe azam kamu suma apa? hahaha malas aku mo bt azam thn ni sbb azam thn2 sudah pn x tercapai buat malu weiii.... tp cukuplah hidup aku setakat ni sempurna sket ada kerja ada duit boleh beli apa yg aku suka2 hati hehehe... hope tn ni akan lebih sukses dr tahun lepas...InsyAllah...AMIN!