Monday, May 7, 2012

Tanggal 08 May


08 May 1979 (selasa) bersamaan 11 Jamadil Akhir 1399 hijrah... jam 5.30 pagi seorang ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3kg ke dunia ini. dan pada hari ini 08 May 2012 genaplah usiaku mencecah 33 tahun....syukur alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas lagi...

Menjangkau usia ke 33 tahun ini hampir masih byk lagi impian yang belum tercapai. Namun apa yang penting adalah kehidupan sebagai seorang 'hamba'Nya tidak pernah tertinggal. Walau masih sedikit dan masih 'merangkak' untuk mendekatkan diri padaNya aku semakin menguatkan iman didada agar aku tidak lupa dan alpa padaNya. Sedikit demi sedikit dan sehari demi sehari aku cuba dan belajar untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amal ibdat untukNya.

Dalam usia ke 33 tahun ini aku telah menjadi seorang isteri kepada Encik. R selama 6 thn. Sepanjang tempoh perkahwinan telah byk rintangan kehidupan sepanjang bergelar suami isteri...penuh dengan suka duka. Mcm2 masalah kami tempuhi bersama...masalah ekonomi masalah keluarga kami tempuhi bersama.

Dalam usia ke 33 tahun ini aku telah diberikan peluang untuk menjadi ibu kepada seorang anak perempuan tunggalku... Waffa Qarmielya anak perempuan ku sorang...diala nyawaku dialah nadiku... bunda bangga punyai anak sebijakmu wahai waffa....

Dalam usia ke 33 tahun ini aku sedikit berbangga kerana separuh daripada impianku telah tercapai...punyai keluarga bahagia punyai kerjaya dan sedikit harta peninggalan arwah ayah buatku. harta 'sekangkang kera' itu aku jadikan tapak untuk membuat rumahku...insyAllah tahun hadapan akan bermula pembinaan mahligai kecil utkku sekeluarga.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, atas apa yang engkau kurniakan padaku dalam usia 33 tahun ini. Tidak akan kusia2siakan kehidupan ini...rahmatilah kehidupanku dan keluarga...

1 comment:

  1. bestnya baca blog posting sambil dgr lagu bajau "serasi" wawa :)..heheh sebak sekejap..
    Insyaallah pada yang belum tercapai..alhamdulillah pada yang suda tercapai :)..

    ReplyDelete

Komen Anda!