Monday, August 1, 2011

Salad Buah-Buahan

Sempena bulan posa ni jom kita share menu desert utk sungkai ptg nanti...smlm rajin aku sediakan salad buah-buahan ni mmg sedap licin dikerjakan anak2 buah aku...

 pic yg aku copy dr google



Pic ni aku snap dr hp ni real pic from buah tangan aku sory gambar blur...almaklumlah hp buruk

Bahan-bahannya : (Resepi aku sendiri)

4 biji buah epal merah
4 biji buah epal hijau
3 biji buah pears
2 biji mangga masak
1 pek buah anggur
tembikai & betik (sukatan tu main agak2 ya)
2 kotok kismis
setengah bungkus macaroni (aku suka beli yg kerinting colourful)
 1 botol mayonis (ladychoice)
1 botol salad buah (ladychoice)

Caranya :
Semua buah dipotong dadu
cuci bersih dan masukkan dalam bekas
kemudian masukkan bahan yg lain termasuk macaroni yg telah direbus terlebih dahulu
gaul hingga sebati dan sejukkan...
sedap dimakan sejuk2 yer buat pencuci mulut selepas bersungkai...

Selamat Mencuba!



2 comments:

Komen Anda!