Tuesday, January 31, 2012

Rumah Terbalik- The Upside Down House in Borneo

Assalammualaikum  & salam hari selasa semua, dah masuk bulan Feb dah kan...huh cepatnya masa berlalu. Entry khas kali ni amat istimewa sekali. Pagi tadi dengar radio Suria FM. sambil buat kerja dengar pula DJ promote 1 tempat yang baru dibuka di daerah tempat aku tinggal d Tuaran berkaitan dengan Rumah Terbalik. Orang ramai boleh melawat rumah tersebut pada bila-bila masa tapi bayaran diorang x maklumkan pla kena bayar ke x if masuk rumah tu.

Pelik tapi benar if korang x caya korang boleh masuk FB diorang dan tgk hasil2 kerja diorang. Sy pn x tau camana diorang boleh buat rumah terbalik ni. Idea ni mmg terbaik selepas Jambatan Tamparuli yang femes dengan lagu kasut tinggi tu hehe... So if korang ada masa datangla melawat ya...kita tgk rumah terbalik yg ada satu-satunya d Borneo.

Mmg hebatlah pekan kecil Tamparuli selain Jambatannya, ianya jg terkenal dengan 'Tamu' yang kaya dengan pelbagai jenis jualan buah-buahan, kraftangan sayuran dll. So sy syorkan korang semua cpt2 p melawat dan boleh terus zoom ke pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau coz korang hanya melalui 1 jalan utama shj x perlu pusing sana sini.


Ni pelan jalan if korang teringin nak kesana, bila tgk jalan ni x sangka rupanya amat dekat dengan tempat tinggal saya dalam 10 minit dah sampai pun tp napa sy x perasan selama ni pasal rumah ni ya...

Nota : buat admin  rumah terbalik ni sy mohon copy dan share di dalam blog sy ya (tolong promote sekali hehe) 

No comments:

Post a Comment

Komen Anda!