Thursday, April 7, 2011

Hati Ibu

Cerita seorg ibu dan anak yg merajuk...kerana dilarang bermain dgn kitty...

Bunda : Waffa, jgn main kucing nanti kena cakar...!

Anak terus bermain tanpa menghiraukan kata2 bundanya...siap d cium dan di gomolnya anak kitty itu.

Bunda : Larang dan terus melarang....

Tetiba dengar jeritan dan tangisan anak....

Bunda dtg dekat tgk apa dah jadi... sah! anak dah kena cakar kat bibir dan bawah mata!!!

Bunda membebel anak kena cakar sebab x dengar kata2 bundanya... Bunda dukung anak dan lap air mata...

Tetiba anak bersuara :-

Waffa : x sayang bunda...bunda jahat...x kawan...pergi jauh2...

Bunda : Apa???? huh.... (kecil hati sangat)

Bunda terus pujuk dan terus memujuk tp anak tetap keras hati dan keras kepala...still x mahukan bundanya lagi...

Bunda biarkan dia melayan karenahnya sendiri....bagi dia beberapa jam dan bunda tetap berusaha agar anak mahu kembali kepada bundanya... namun bunda hampa kerana anak tetap tidak mahukan bundanya...

Dengan kecewa bundanya naik ke atas dan masuk kedalam bilik sambil berfikir.... salahkah aku mendidik anak? anak baru berusia 3 tahun 4 bulan tapi hatinya nampak keras semacam...mcm tidak mengedahkan ibunya sendiri dan berkali2 berkata tidak sayangkan ibunya... Arghhh...knp aku ni kan masih budak mmglah mcm2 peel...Bunda memujuk hati dan naluri keibuannya....

Bunda hampir tertidur...tetiba pintu bilik terbuka anak masuk kedalam melompat ke atas katil memeluk bunda dan cium bunda berkali2....bunda tersenyum lega sambil memeluk erat anak... anak segera meminta maaf...dan mengucapkan kata2 sayang pada sang bunda....

Sambil tidurkan anak bunda berfikir, ishhh knp aku sensitif sangat ni? bukannya anak berumur 20 thn yg cakap x sygkan aku...ini 3 thn mmg apa2 boleh di ucapkan tanpa sedar akan bait2 ayat itu...

Tapi...sekiranya pembaca sekalian adalah seorang ibu, pasti korang akan merasai apa yg aku rasa. Naluri keibuan yg ada pada setiap ibu pasti akan melahirkan kebimbangan pada sikap anak yg tiba2 berubah sikap dan meluahkan ayat2 yg selama ini tidak pernah diucapkan oleh seoarang anak pada ibunya...walaupun anak baru berusia 3 tahun sekalipun.

Semua ibubapa mengimpikan anak yg baik, solehah, meurut kata, tertib. Pendek kata kita mahu yg terbaik pada anak2 kita...baik budi pekerti maka baiklah nama kita sebagai ibu bapa. Didikan kita yang menjadikan anak2 kita berada dilandasan yg betul atau tidak. Moga kita berjaya mendidik anak2 menjadi seorg yg berguna. Anak ibarat kain putih, kitalah yg perlu memainkan peranan mencorakkan mereka.

 

Doa utk ibu bapa, kita dah jadi ibu pada anak2 kita tapi jgn lupa kita juga adalah seorang anak pada ibu bapa kita, tanpa mereka kita tentu x wujud dalam dunia ini...jom sama2 kita mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan pada ibubapa kita...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda!